Tuesday, April 21, 2009

PEMERGIAN MAKCIK YULAH

salam..
pagi tadi saya dikejutkan dengan berita pemergian makcik Yulah (ibu mertua YDP ustaz Nasir). Terkilan juga tak dapat menziarahi allayarhamah semasa di Hospital Ampang. Sahabat DMPK Puchong telah menziarahi allahyarhamah selepas saja pulang dari program Hitea PR di rumah MB dan waktu itu saya tidak sempat bersama.

Makcik Yulah ni sangat istimewa kerana dia sentiasa ada di mana2 program yang di anjurkan PAS dan sangat peramah orangnya. Tahun lepas dia datang dalam mesyuarat agong DMPK tp tahun ini tak nampak kelibatnya..rupa2nya dia dah tak sihat.

Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang dikasihiNya. Amin.


Sunday, April 19, 2009

Aktiviti DMPK Puchong April 2008

salam,
lama saya tak update blog ini, bukan tak cukup masa tetapi adalah kelemahan diri saya sendiri tidak pandai mengurus masa sebaik mungkin.

Berikut adalah antara beberapa aktiviti DMPK Puchong yang sempat saya rakam.







Saturday, April 18, 2009

Lawatan DMPNS ke Puchong

Pada 1 Mac 2009 dewan harian DMPNS telah datang ke Puchong dalam sesi lawatan ke kawasan2. Walaupun tidak ramai muslimat ang dpat hadir tapi programini telah berjaya memberi sedikit pengetahuan kepada muslimat dalamsesi dialog yang talah diadakan.

Terima kasih DMPNS kerana telah sudi datang mejenguk kami di Puchong.



Thursday, April 16, 2009

Mesyuarat Terakhir sesi 2008/2009

Mesyuarat terakhir DMPK Puchong bagi sesi 2008/2009 telah diadakan pada 9 April 2009, mesyuarat ini juga telah diadakan bersama ketua muslimat cawangan yang baru. memang rezeki kami ramai diantara ajk dan ketua muslimat yang datang bawa buah tangan, dari cekodok hinggalah ke muffin. Sedap..! :-)


Wednesday, April 08, 2009

PR menang di 2 Bukit




PAS menang di Bukit Gantang!
Intan Abdullah & Johari Jaafar
Tue | Apr 07, 09 | 11:25:37 am MYT
Terkini|BUKIT GANTANG, 7 April (Hrkh) -

Keputusan rasmi, calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.

Keputusan tidak rasmi jam 9.20 malam, calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin menang dengan undi (21,860), mengalahkan BN (19,071) dan Bebas (62). Majoriti - 2,789 (majoriti dalam pilihan raya 2008 - 1,566).

8.51 malam:Keputusan tidak rasmi Nizar menang dengan undi 20,021, BN (17,076), Bebas (56). Majoriti - 2,945.

8.25 malam:Nizar masih mendahului dan majoriti telah meningkat lebih 3,000.

8.15 malam:Keputusan tidak rasmi sehingga 8.15 malam, PAS (16,316), BN (14,061), Bebas (40). Majoriti 2,255. Sehingga kini 64 peratus undi telah dikira.

7.35 malam: Keputusan tidak rasmi, Nizar masih mendahului:PAS (11,375), BN (8,998), Bebas (29). Majoriti 2,377.PAS menang!

7.20 malam: Keputusan tidak rasmi, sehingga kini jam 7.20 malam calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (9,423), BN (6,997), Bebas (25). Majoriti 2,426.

7.15 malam: Keputusan tidak rasmi, sehingga kini jam 7.15 malam calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (8,932), BN (6,584), Bebas (24). Majoriti 2,348.

7.05 malam: Keputusan tidak rasmi, sehingga kini calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (7,294), BN (4,670), Bebas (17). Majoriti 2,624.

6.55 petang: Keputusan tidak rasmi sehingga jam 6.55 petang seperti yang dilaporkan oleh petugas di pusat pengiraan undi adalah; PAS (5,568), BN (3,792) dan Bebas (10). Majoriti 1,776.

6.45 petang: Keputusan tidak rasmi berdasarkan laporan wakil Harakah dan petugas pilihan raya di Bukit melaporkan; PAS (4,929), BN (3,161) dan Bebas (9).Majoriti (1,768).

6.30 petang: Sehingga jam 6.30 petang tadi, calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin masih mendahului dalam kiraan undi.

5.00 petang: Pusat pengundian telah ditutup.Dijangkakan proses kiraan di pusat berkenaan akan bermula jam 5.30 petang.

4.00 petang: Di Sek Ren Jen Keb Cina Phoay Eng, Kuala Sepetang, SPR mengatakan lebih 80 peratus daripada 1700 pengundi sudah keluar mengundi.

Berdasarkan pengamatan perayu undi dan petugas SPR, mood pengundi meningkat serta sokongan pengundi Cina memberangsangkan. Dato' Ngeh Koh Ham mengatakan peluang cerah bagi PAS bagi peti undi di Kuala Sepetang.

Hujan mulai turun dan petugas pilihan raya mengambil langkah berjaga-jaga.

3.15 petang: Suasana tegang berlaku di Pusat Pengundian SK Panglima Bukit Gantang apabila sebuah bas sekolah yang mempunyai nombor plat Kuala Lumpur berhenti di hadapan sekolah berkenaan pada jam 1.15 petang.

Bas tersebut dipenuhi dengan 30 orang wanita yang dipercayai pengundi hantu.

Apabila para penumpang tersebut cuba untuk turun mereka telah ditahan oleh penyokong PAS yang bertanya sama ada mereka adalah pengundi atau tidak? Tetapi para penumpang tersebut tidak memberikan respon.

Pertelingkahan berlaku di antara penyokong PAS dan BN dan bas tersebut terus berlaku dengan penumpangnya daripada kawasan tersebut.

Bas tersebut kemudiannya didapati berada di kawasan pusat operasi Umno.

Dalam suasana tegang itu, seorang penyokong PAS telah dibaling dengan botol air dan pengsan.

Enam buah trak FRU telah dikejarkan ke kawasan tersebut, dan menjelang jam 2 petang keadaan terkawal.

1.00 petang: Keadaan trafik di jalan-jalan utama seperti Jalan Changkat Jering dan Jalan Simpang mengalami kesesakan teruk.

Hujan mula lebat. Keadaan ini mungkin mengganggu kelancaran pengundian kerana dijangkakan ramai yang berhasrat untuk keluar mengundi di saat akhir terutamanya sewaktu rehat ketika ini.

12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar mengundi.

11.15 pagi: Di Madrasah Al- Khairyah Addiniah, Kampung Larut Tin, Dun Changkat Jering, berlaku kekecohan waktu ketibaan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri antara peyokong BN dan PAS. Polis mengambil tindakan menyuraikan keadaan. Keadaan kembali terkawal.

10.30 pagi: Kenderaan yang dinaiki calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah dihalang oleh penyokong BN.

Beberapa penyokong BN dilihat menyerbu dan menendang kenderaan tersebut di Pusat Pengundian SK Ayer Puteh.

Tindakan tersebut telah menyebabkan kemarahan terhadap penyokong Pakatan Rakyat. FRU datang dan menenangkan suasana.


10.15 pagi: Di SMK Pengkalan Aor, Air Kuning (Dun Changkat Jering) berlaku kekecohan apabila penyokong BN menghalang petugas PAS berada berhampiran mereka.

Berlaku ketegangan apabila ada kalangan petugas BN yang mencurah air ke atas penyokong PAS. Polis dan FRU menyuraikan keadaan.

Di kawasan tersebut kelihatan ramai penyokong PAS yang menenggelamkan penyokong BN. 10.00 pagi: Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof

9.00 pagi: Kira-kira 10 peratus keluar mengundi di bahagian Parlimen Bukit Gantang. Calon BN, Ismail Saffian dan isteri mengundi di SK Panglima Bukit Gantang.

7.35 pagi: Calon Pas, Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas PAS, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian. - mks._





KeADILan menang di Bukit Selambau!
Bashir Ishak, Izwan & Sabri | Foto Nasir Sudin
Tue | Apr 07, 09 | 11:22:40 am MYT

Terkini| BUKIT SELAMBAU, 7 April (Hrkh) - Keputusan rasmi: KeADILan 12,632 undi, BN 10,229. Majoriti 2,403 undi. Sejumlah 415 undi rosak. Peratus keluar mengundi 70%. Kesemua calon Bebas hilang wang pertaruhan.

10.10 malam: Keputusan tidak rasmi setakat jam 10.10 malam, Calon KeADILan, S Manikumar menang: KeADILan (12,632), BN (10,257). Majoriti 2,375. KeADILan Menang!

9.05 malam:Keputusan tidak rasmi, calon KeADILan, S. Manikumar menang. KeADILan (11,157), BN (9,390), Bebas (1,767). Majoriti 1,186.

8.40 malam: S Manikumar mendahului: KeADILan (9,020), BN (8,1,89), Bebas (1,029). Majoriti 831.

8.30 malalm:Calon KeADILan, S Manikumar mendahului: KeADILan (8,829), BN (8,021), Bebas (868). Majoriti 808. KeADILan Menang!

8.15 malam: Keputusan tidak rasmi, Manikumar mendahului dengan 2,311 undi.

7.50 malam: Keputusan tidak rasmi, KeADILan mendahului dengan 1,294 undi.

7.15 malam: Keputusan tidak rasmi, calon KeADILan, masih mendahului dengan 937 undi setelah 5 daripada 22 pusat pengundian dihabis kira.

6.30 petang: Sehingga jam 6.30 petang tadi calon KeADILan masih lagi mendahului dengan 700 undi.

5.45 petang:Menurut Pengarah PAS Bagi Pilihan Raya Kecil N.25 Bukit Selambau, Senator Muhamad Yusuf Husin, selepas semua 22 Pusat Pengundian ditutup jam 5:00 petang tadi, sekitar 73 peratus daripada 35,140 pengundi berdaftar bagi PRK tersebut telah keluar mengundi.

Bagaimanapun peratusan itu belum rasmi. Menurut beliau juga, sekiranya culaan di bangsal-bangsal panas Pakatan Rakyat adalah betul bermakna calon Pakatan Rakyat telah mendapat 13,115 undi mengatasi calon BN dan calon-calon Bebas dengan majoriti 1,479 undi.

Jelas beliau, kebanyakan pusat pengundian juga mengalami kesesakan pada waktu rehat tengahari tadi dan kembali stabil pada sebelah petang. Secara keseluruhan, beliau berkata, suasana agak tegang tetapi tidak ada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

5.00 petang: Pusat pengundian telah ditutup dan proses kiraan akan bermula jam 5.30 nanti.

4.45 petang: Sehingga kini sekitar 60 peratus telah turun mengundi. Hujan telah mula turun.Keadaan kesesakan lalu lintas masih berlaku.

4.23 petang: Menurut Malfrel suasana tegang berlaku di SJK Chung Hua apabila Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan dan Karpal Singh tiba untuk melihat kawasan tersebut.

Beberapa penyokong MIC kelihatan begitu marah dan membaling botol minuman ke arah kereta yang lalul di situ termasuk kenderaan orang awam.


4.00 petang: Cuaca mula mendung kelihatan. Mengikut ramalan kaji cuaca, keadaan cuaca sebelah petang adalah mendung dan hujan dijangka turun.

3.30 petang: Sehingga jam 3.30 petang tadi calon Pakatan Rakyat, S. Manikumar telah melawat pusat pengundian ke-19 daripada 22 kesemuanya di Dun Bukit Selambau.

Masih ada 3 pusat lagi yang belum dilawatinya iaitu Sekolah Dataran Muda, Lubuh Kawah,SK Tamil Kg Rusa dan SK Tamil Sungkup Para.


12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar membuang undi.

11.35 pagi: Keadaan lalulintas di sekitar pekan Sungai Petani, terutamanya Sungai Lalang dan Bukit Selambau mengalami kesesakan yang teruk.

11.22 pagi: Mafrel melaporkan FRU dikejarkan di SM Aman Jaya berikutan suasana tegang antara penyokong KeADILan dan BN.

Penyokong KeADILan tidak puas hati apabila BN cuba mengubah sebuah khemahnya agar diletakkan berdekatan dengan pusat pengundian. KeADILan hanya ada sebuah khemah di kawasan tersebut.


11.00 pagi: Harakahdaily dimaklumkan kira-kira 40 orang dipercayai pengundi hantu ditangkap dalam sebuah bas yang datang dari arah Perlis menuju ke Kuala Sin semalam.

Mereka ditahan oleh petugas Pakatan Rakyat kira-kira jam 3 pagi.Kesemua mereka telah dibawa ke Balai Polis Gurun.

10.25 pagi: Timbalan Pengerusi SPR, Dato' Wan Ahmad Wan Omar berkata sehingga pukul 10 pagi,sebanyak 20 peratus telah keluar mengundi. Beliau berharap bilangan yang keluar mengundi akan mencacah 50 peratus menjelang pukul 1 tengah hari.

9.30 pagi: Harakahdaily dihubungi Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman yang bertugas di pusat mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pakan Bukit Selambau melaporkan berlakunya kekliruan apbila SPR membenarkan dua laluan digunakan untuk memasuki pusat mengundi.

Pertamanya laluan utama menuju ke sekolah tersebut dan laluan kedua merupakan sebuah lorong kecil yang terpaksa melalui khemas petugas BN. Menurut beliau setiap kali pengundi yang mahu masuk ke pusat mengundi, mereka ditarik untuk melalui laluan tersebut.

Bantahan telah dikemukakan kepada SPR, namun SPR tetap membiarkannya. Bagaimanapun, petugas Pakatan Rakyat telah menghubungi wakil calon untuk membuat bantahan rasmi kepada SPR.

8.10 pagi: Calon Pakatan Rakyat, S. Manikumar memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Taman Ria Jaya pada jam 8.10 pagi.

Beliau membuang undi di saluran 6 kira-kira jam 8.25 pagi.

Beliau yang ditemui wartawan sebelum masuk ke pusat mengundi menyatakan keyakinan akan memenangi PRK ini dengan majoriti yang lebih tinggi berbanding pilihan raya umum tahun lalu.

"Saya rasa begitu bersemangat pagi ini walaupun sedikit keletihan kerana berkempen ke sana-kemari. Apapun saya yakin dengan sokongan semua, kemenangan berpihak kepada kita,"katanya.

PRK ini diadakan berikutan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, V. Arumugam. - mks._

Monday, March 30, 2009

MB saran wanita pelajari ilmu silat

Salmah Mat Husain
Tue | Mar 27, 07 | 6:33:40 pm MYT

KOTA BHARU, 27 (Hrkh) - Golongan wanita khususnya di kalangan remaja disaran mempelajari ilmu mempertahankan diri bagi dimanfaat ketika waktu-waktu terdesak.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ilmu tersebut wajar dipelajari sebagai usaha untuk mempertahankan diri daripada gangguan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, apabila wanita mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri kejadian ragut dan pencabulan yang semakin menjadi-jadi membabitkan golongan wanita sekarang dapat dikurangkan.

�Sekiranya golongan wanita mempunyai ilmu itu sedikit sebanyak mereka tahu cara untuk mempertahankan diri dari terus menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab,� katanya di sini.

Sehubungan itu beliau mencadangkan wanita yang berminat mempelajari ilmu mempertahankan diri mencari tenaga pengajar yang benar-benar terlatih serta diiktiraf.

Beliau juga mencadangkan Nisa� Malaysia turut menganjurkan kejohanan seni mempertahankan diri di kalangan wanita dalam sukan Nisa� pada masa akan datang.

�Selain itu acara renang juga wajar dipertimbangkan diadakan dalam acara sukan itu yang hanya membabitkan golongan wanita sahaja,� ujarnya. - /mj _

Memartabatkan OKU, Orang Asli dan wanita Selangor

Harakahdaily Fri | Mar 27, 09 | 12:36:37 pm MYT

Sebagai kerajaan baru, tumpuan rakyat bukan sahaja kepada polisi-polisi dan program baru yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor, malah janji-janji yang termaktub dalam manifesto pilihan raya lalu. Sejauh mana kejayaan Pakatan Rakyat Selangor dalam menunaikan janji mewujudkan sebuah negeri berkebajikan? Wartawan SAIDAH HAIRAN bersama ATRIZA UMAR menemubual Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Invosi, RODZIAH ISMAIL di pejabatnya, di Bangunan SUK, Shah Alam.

Genap setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, apakah perubahan yang sempat dilakukan oleh kerajaan negeri khususnya portfolio puan?

Pertama kali saya ambil alih, saya turun padang melihat situasi pejabat Kebajikan Masyarakat. Sebab saya mahu pejabat itu selesa untuk pekerja dan orang ramai yang datang untuk meminta bantuan.

Alhamdulillah banyak pejabat yang mempunyai pembaharuan. Kalau dahulu terpaksa berkongsi komputer kini keadaannya bertambah baik.

Kedua kita buat pembaharuan program yang ada dalam potfolia kebajikan dan saya nampak beberapa program yang boleh diperbaiki.

Pertama kita tengok tanda aras kemiskinan itu tidak sesuai. Sebab di Selangor jika kita tetapkan aras kemiskinan di bawah RM400 (pendapatan bulanan isi rumah), hanya 0.1 peratus sahaja rakyat negeri ini berada di bawah paras itu. Hakikatnya masih ramai yang miskin.

Jadi kita tetapkan paras kemiskinan baru iaitu RM1500 ke bawah. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meletakkan paras kemiskinan kepada RM720 ke bawah. Ada jurang di situ.

Saya tengok Orang Kurang Upaya (OKU) kurang diambil perhatian. Kita telah mula dengan dialog. Kita telah buat sekretariat untuk menguruskan OKU. Alhamdulillah tidak lama lagi kita komited untuk menjadikan negeri Selangor negeri yang bertanggungjawab kepada OKU daripada sudut sosialnya.

Mereka berhak menikmati semua kemudahan yang ada di Selangor apabila keluar rumah. Jika mereka hendak solat di masjid perlu ada kemudahan pergi ke masjid. Begitu juga ke taman permainan. Jika mereka mahu naik kereta mesti ada kenderaan yang boleh membantu mereka.

Hak mereka perlu diiktiraf. Kita mahu OKU ini tidak dilihat sebagai insan yang menyedihkan. Kita mahu lihat OKU ini satu insan yang berpotensi, boleh berdikari. Jadi kita hendak letakkan OKU ini di tempatnya, ada cita rasa atau kemahuan beribadat dan bergaul dengan masyarakat.

Kedua kita mahu potensi untuk mereka dibangunkan. Contohnya hak untuk berniaga. Kita hendak mesti ada kuota untuk mereka berniaga.

Kita juga bercadang menyemak semula polisi kerajaan lalu yang hanya memberikan elaun kepada OKU yang bekerja. Sekarang OKU yang terlantar telah pun mendapat elaun RM300 sebulan. Walaupun perkara ini diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, tetapi bagi kita ini satu kejayaan hasil daripada cadangan kita. OKU yang tidak terlantar patut mendapat elaun RM100 sebulan. Paling membanggakan saya dalam bulan Jun nanti diwujudkan Jabatan OKU.

Bagaimana peluang pekerjaan untuk OKU?

Ada polisi mengatakan minimum satu peratus tawaran pekerjaan mesti diberikan kepada OKU. JKM telah pun mulakan perkara ini. Dalam perbincangan dengan mereka yang terlibat saya mengatakan, ada pekerjaan yang mereka tidak boleh buat sebagaimana orang biasa.

Saya mengambil contoh bagi operator tiket tol, OKU boleh buat. Kenapa kita meletakkan insan yang produktif di plaza tol? Walapun peluang pekerjaan satu peratus tetapi kita mahu ada tempat-tempat yang lebih satu peratus contohnya di plaza tol dan kaunter-kaunter pembayaran.

Sekarang kita menambah pendaftaran dan kita tidak mahu ada OKU yang tertinggal. Untuk kerajaan negeri Selangor kita telah memberi khairat kematian kepada OKU sebagaimana yang diberikan kepada warga emas. Skim itu tidak kira umur. Apabila telah didaftarkan di bawah JKM maka mereka berhak untuk mendapat skim tersebut.

Masyarakat orang Asli di Selangor masih ramai yang ketinggalan terutama dalam bidang pendidikan. Adakah kebajikan mereka diambil kira?

Semasa saya bersama dengan Menteri Besar di Bukit Lanjan, saya berasa sedih sebab walaupun kita ada Jabatan Orang Asli (JOA) tetapi mereka (masyarakat Orang Asli) masih lagi ketinggalan di bidang pendidikan dan kebajikan. Sebenarnya hak mereka itu sama dengan hak kita. Malangnya perkara itu tidak berlaku.

Menteri Besar menyatakan kepada saya untuk merangka satu program Memasyarakatkan Ekonomi Selangor (MES) untuk Orang Asli terutama pendidikan anak-anak. Menteri Besar mengumumkan bahawa mana-mana anak Orang Asli yang tidak dapat biasiswa kita akan bagi untuk memudahkan mereka masuk ke universiti.

Macam 10 orang anak Orang Asli yang dapat tawaran masuk universiti tetapi tidak dapat pergi kerana tiada perbelanjaan awal.

Sebenarnya keupayaan anak Orang Asli untuk masuk universiti memang ada tetapi kita meletakkan mereka di bawah. Sepatutnya perkara itu tidak berlaku.

InsyaAllah saya dengan YB Elizabeth Wong yang begitu komited dengan masalah Orang Asli akan menjadikan program dalam MES turut dinikmati masyarakat Orang Asli.

Contohnya kita hendak buat program tiusyen rakyat. Menteri Besar putuskan kena ada satu dana tambahan khusus untuk orang Asli. Tidak kira 100 atau 200 tetapi tengok pada keperluan mereka.

Jika mereka perlu 50 orang kita tambah 50 orang di Dun tertentu kerana ada Dun tidak ada Orang Asli. Kita hendak beri kemudahan dan kebajikan kepada Orang Asli.

Bagaimana dengan projek Laman Dapur?

Laman Dapur sebenarnya cetusan idea isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut. Apabila Bekawanis (Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor) diwujudkan mesti ada sasaran kita. Puan Sri membawa satu budaya meletakkan asas ilmu kemudian program dan akhirnya kita membangunkan wanita dan ibu tunggal.

Kita fokus ibu tunggal. Projek Laman Dapur bermula di Ijok dan kita jangkakan sepatutnya pada tahun ini ada lima tempat yang akan dilaksanakan projek itu.

Sebenarnya banyak program wanita yang kita sudah mulakan seperti penanaman cendawan dan jahitan manik. Saya melihat program pembangunan ibu tunggal ini kepada tiga aspek. Pertama, bagaimana hendak membantu mereka menambah pendapatan tidak kira dalam pertanian, pembuatan dan pemakanan. Kita bantu daripada sudut peralatan atau modal awal (mikro kredit).

Kedua kita mementingkan pendidikan anak-anak ibu tunggal. Sebab kita yakin bahawa ibu tunggal mengimpikan masa depan anak-anak mereka. Sebab itu kita bantu anak-anak mereka dengan memberi duit poket RM30 sebulan.

Akhirnya kita fikir bagaimana mahu perlengkapkan ibu tunggal ini daripada sudut hak mereka sendiri.

Contohnya jika mereka dicerai bagaimana tentang nafkah mereka. Ini semua tertakluk kepada pemahaman mereka tentang hak tersebut. Sebenarnya ibu tunggal banyak tertekan dengan gangguan seksual di tempat kerja dan sebagainya.

Satu contoh yang baik, tahun lepas kita dapat melahirkan 50 usahawan. Empat daripada mereka berjaya keluar daripada asnaf (orang yang layak menerima zakat).

Kita juga tengok kejayaan portal pendaftaran ibu tunggal telah meningkat daripada 4000 pada hari pelancaran kepada hampir 16,000 sekarang. Ini bererti mereka sudah berlumba-lumba mendaftar supaya dapat duduk dalam program kerajaan.

Kita telah berbincang dalam Majlis Pemuafakatan Wanita Pakatan Rakyat. Sebenarnya inisiatif wanita negeri Selangor khusus untuk membantu potfolio wanita untuk lebih kehadapan. Sebab kita tahu Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor (di bawah Kerajaan Pusat) tidak langsung memberi kerjasama.

Sebab itu saya wujudkan majlis dan sekretariat sendiri untuk bergerak. Kita telah ada perancangan program dan program paling besar kita akan wujudkan Pusat Komuniti Wanita.

Langkah kerajaan negeri untuk memartabatkan wanita?

Apa yang kerajaan negeri Selangor buat amat bagus. Kerajaan meletakkan wanita yang berkaliber sebagai exco. Kita hendak penglibatan 30 peratus wanita. Kita hendak memperkasakan wanita. Kita mahu wanita yang duduk dalam kerajaan dipandang setaraf dengan orang lelaki. Bukan menuntut hak yang sama tetapi mengambil kira kepentingan wanita.

Macam mana saya hendak letakkan wanita supaya tidak dianggap kelas kedua. Dalam mana-mana program saya mengatakan kepada wanita, mereka mesti tahu hak dalam perundangan dan hak yang telah diiktiraf seluruh dunia. Supaya mereka tahu sudah dilindungi tetapi jika tidak faham mereka akan terkebelakang.

Dalam perbincangan hak-hak wanita di Beijing ada 14 resolusi yang dipersetujui. Malangnya kerajaan BN gagal dan hanya mampu melaksanakan dua resolusi. Sedangkan setiap tiga tahun sekali kita perlu melaporkan sejauh mana kita telah melaksanakan 14 resolusi yang telah dipersetujui bersama.

Sekarang ini Jabatan Pembangunan Wanita gagal untuk memberikan laporan kedua. Fungsi wanita di peringkat Pusat tidak meletakkan wanita sebagai keutamaan.

Kegagalan wanita di peringkat Pusat itu menyebabkan wanita itu sendiri terpinggir. Sebenarnya wanita Melayu masih belum ditahap yang sebaiknya. Kita nampak wanita masyarakat Cina lebih kedepan. Mungkin disebabkan silap faham tentang hak mereka daripada sudut agama.

Bagaimana kerjasama wanita PAS, KeADILan dan DAP di negeri Selangor?

Alhamdulillah kita telah berjumpa, buat persetujuan menggariskan apakah perancangan yang diletakkan bersama yang kita hendak utarakan. Kita telah meletakkan objektif kita. Sebab itu kita wujudkan Majlis Pemuafakatan Wanita Pakatan Rakyat.

Insya-Allah jika tiada apa-apa aral sepatutnya diumumkan pada Hari Wanita. PAS, DAP dan KeADILan komited dengan isu wanita dan sepatutnya tidak dijadikan isu parti secara sendirian. Dalam Parlimen pun isu wanita diperjuangkan bersama. Kita menyambut baik jika wanita BN mahu berkerjasama dengan kita. Kita nampak kesatuan daripada sudut pemikiran bagaimana mahu menangani isu wanita yang sepatutnya ada kebersamaan dalam Majlis Pemuafakatan Wanita Pakatan Rakyat. - tajdid _

Thursday, September 11, 2008

Isu Azan: Laporan polis terhadap Khir Toyo

Abdul Rahim Sabri | Sep 11, 08 1:03pm

Seorang ahli Parlimen hari ini PAS membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman berhubung isu azan di Selangor.

Laporan tersebut dibuat oleh ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Siti Mariah Mahmud, di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi tadi.

Dr Siti Mariah juga merupakan ahli Parlimen PAS bagi kerusi Kota Raja.


Dalam laporan tersebut, beliau mendesak pihak polis supaya menyiasat dakwaaan Dr Mohd Khir mengenai kononnya ada usaha-usaha melarang laungan azan di masjid-masjid di Puchong dan Kota Damansara.

Katanya, Dr Mohd Khir dilaporkan membuat dakwaan tersebut dalam laporan akhbar Utusan Malaysia yang bertajuk 'Ada Usaha Larang Azan di Masjid-masjid Selangor' pada 9 September lalu.



Dr Siti Mariah berkata, sekiranya dakwaan itu tidak benar, maka tindakan sewajarnya diambil ke atas bekas menteri besar Selangor itu kerana didakwanya menabur fitnah dan menghasut.

Menurutnya, perbuatan tersebut perlu dipandang serius kerana ia boleh membangkitkan pergeseran antara agama dan bangsa di Malaysia.

Beliau juga juga memint pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas blog pembelamelayu.com yang didakwanya telah menyiarkan berita palsu berhubung perkara yang sama.

Dr Siti Mariah berkata, blog tersebut mendakwa petisyen mengenai suara azan tidak dibenarkan, telah dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, katanya, selepas beliau merujuk kepada hansard/kenyataan persidangan, untuk memastikan kebenaran dakwaan tersebut, ternyata kesemua dakwaan tersebut tidak benar.

Katanya, perkara itu telah menjadi percakapan rakyat umat Islam dan pihak polis perlu bertegas sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Tuesday, September 09, 2008

Salam Ramadhan



Puasa kembalikan manusia ke alam fitrah
Dr Osman Nasir

Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Iklan

Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.

Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.

Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.

Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali ?sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam ? di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.

Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.

Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.

Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.

Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.

Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.

Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.

Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Solat fardu

Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.

Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.

Solat tarawih

Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak 'slow' sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.

Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.

Mengaji al-Quran

Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan.

Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, 'MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK' atau seperti komputer yang diberi isiannya.

Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja.

Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk.

Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.

Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam ? alangkah indahnya suasana ini.

Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah. - mks. _

Saturday, March 24, 2007

Muktamar Bukan Pasar Borong

Muktamar Bukan Pasar Borong :
Surat Terbuka buat Semua

Saya terlebih dahulu mengucapkan selamat bermuktamar atau mesyuarat agong kepada semua ahli PAS di seluruh Negara yang kini sedang menghadapi musim muktamar di peringkat cawangan , kawasan dan dewan – dewan sebelum berlangsungnya muktamar penuh pada akhir bulan Mei kelak .

Semoga muktamar atau mesyuarat agong pada sessi ini berlangsung dalam suasana yang memberangsangkan ke arah membina reputasi parti yang hebat . Penuh dengan analisis dan post mortem yang jujur dan telus serta lontaran idea yang bernas dari perwakilan .

Apa yang lebih penting muktamar atau mesyuarat agong kali ini adalah peluang buat ahli memilih saf kepimpinan yang akan menerajui parti diperingkat masing – masing.

Persediaan Muktamar .

Muktamar merupakan medan buat pemimpin dan anggota parti menilai pencapaian semalam guna merangka strategi di hari esok . Kita diajar oleh Allah swt. sebagai seorang pejuang yang muttaqin pada hari ini agar senantiasa menghubungkan pencapaian semalam dengan langkahan yang akan dimulakan esok.

Firman Allah swt .

يا ايها الذين آمنوا اتقوا الله و لتنظر نفس ما قدمت لغد و اتقوا الله إن الله خبير بما تعملون

Wahai orang – orang yang beriman , bertaqwalah kepada Allah dan lihatlah apa yang telah dilakukan semalam untuk hari esok dan bertaqwalah kepada Allah , sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.

Surah al Hasyr. Ayat : 18

Justeru itu , sangat tidak wajar muktamar dibiarkan berlangsung suram dan hambar tanpa perbahasan yang mantap dan bernas hasil lontaran idea yang kritis dan dinamis .

Persediaan muktamar jangan hanya dilihat kepada penyediaan dokumen muktamar seperti minit , bag , name tag dan sebagainya tetapi mesti lebih ditumpukan kepada penyediaan idea yang mengandungi agenda dan objektif , menepati misi dan visi perjuangan kita untuk dilontarkan kepada parti di dalam sidang muktamar.

Saya secara kebetulan sering juga dijemput merasmikan mesyuarat agong PAS cawangan – cawangan malah juga PAS kawasan – kawasan demikian juga dewan – dewan .

Apa yang saya lihat , masih banyak cawangan , kawasan dan dewan yang gagal menepati erti mesyuarat agong atau muktamar yang sebenar . Mereka hanya sekadar membentang dan mengesahkan minit kemudian tergesa – gesa untuk pulang .

Mesyuarat agong itu berlangsung hampir sama dengan mesyuarat bulanan mereka , kecuali yang membezakan antara keduanya hanya pada majlis perasmian di mana mesyuarat agong ada perasmi yang diundang dari saf kepimpinan parti dan pemilihan saf kepimpinan yang baru pasa sessi mesyuarat agong yang ada pemilihan.

Fenomena ini tidak harus dibiarkan kekal tanpa penarafan semula terhadap standard muktamar atau mesyuarat agong tersebut. Sementelah pula kita berada di era globalisasi yang menyajikan pelbagai cabaran dan tentangan.

Mahu atau tidak , muktamar mesti hidup dengan menjana tenaga dan menggarap idea anggota parti agar menghasilkan satu gerakan yang hebat dan berkeupayaan tinggi mendepani segala cabaran dan menyerap segala tekanan.

Muhasabah dan analisa .

Muktamar jua ibarat makmal untuk melakukan bedah siasat terhadap aktiviti dan perjalanan parti secara telus dan jujur . Tidak menyembunyikan fakta apatah lagi menyelewengkannya.

Pemimpin dan anggota pula mesti berdada lapang dan bersikap mendengar pandangan dan cadangan serta teguran dan kritikan membina dari dua hala lalu mengikut apa yang terbaik daripadanya.

Firman Allah swt.

الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنة أولئك الذين هداهم الله و أولئك هم أولوا الألباب

Orang – orang yang mendengar perkataan lalu ia mengikut apa yang terbaik , mereka adalah orang – orang yang Allah berikan petunjuk dan mereka adalah orang yang memiliki daya intelektual .

Surah az – Zumar . Ayat : 18

Perwakilan sayugianya jua mempunyai daya menganalisa yang baik terhadap perjalanan parti dan dibahas pula secara matang dan positif .

Amat malang perwakilan yang menghadhiri muktamar tanpa sebarang analisa terhadap perjalanan parti serta tidak pula mengetahui apa yang patut dibahas dan dibincang. Pendek kata , mereka hadhir dengan kepala kosong sekadar memenuhi kouta perwakilan .

Hasilnya , cawangan dan kawasan akan terus statik tanpa sebarang anjakan paradigma yang menepati zuruf dan perkembangan pemikiran masyarakat dewasa kini , malah cawangan dan kawasan tersebut dilihat ketinggalan bahkan usang berbanding zaman yang sedang mereka harungi .

Muktamar bukan Pasar Borong .

Saya ingin tegaskan di sini , bersesuaian pula dengan muktamar kali ini adalah sessi pemilihan saf kepimpinan , agar perwakilan masak dan matang dalam mengambil sikap memilih pemimpin .

Hindarkan pemilihan secara rambang tanpa menilai kemampuan dan kelayakan individu yang dipilih dan terlebih patut dihindari sebarang bentuk lobi – melobi yang negatif .

Neraca pertimbangan para perwakilan dalam memilih pemimpin mestilah sensitif dan peka terhadap keperluan jamaah dan tuntutan ummah jua mengambil kira kredebiliti pemimpin yang dipilih .

Firman Allah swt.

إن خير من استئجرت القوي الأمين

Sesungguhnya , sebaik – baik orang yang engkau berikan tugas adalah orang berkemampuan dan amanah .

Surah al Qasas . Ayat : 26

Memilih secara borong dan tangkap muat adalah trend yang mesti dielakkan dari terus mewarnai sikap kita memilih pemimpin di pelbagai peringkat parti.

Parti mestilah dibentuk dengan segala kemantapan dan kehebatan yang melibatkan struktur organisasi , karisma kepimpinan , kualiti anggota dan nilai aktiviti .

Perbaiki kelemahan Pasakkan Kehebatan .

Saban tahun , kita berhimpun dalam pertemuan tahunan yang disebut sebagai mesyuarat agong atau muktamar untuk mengesan kelemahan dan membina kekuatan .

Kelemahan tidak dikesan untuk kita saling salah menyalah dan tuding menuding antara satu sama lain , tetapi ianya dikesan untuk diatasi dan diperbaiki serta diinsafi agar kelemahan dan kepincangan bukan sahaja tidak dibiarkan tetapi dipastikan agar ianya tidak berulang lagi.

Semua pihak dikalangan kita bertanggungjawab menginsafi perkara ini. Jadikan kelemahan sebagai peluang memperkasa parti dan cermin menilai diri bukan orang lain .

Sebab itulah , saya harap kita tidak memusuhi kelemahan sebaliknya tangani kelemahan tersebut dengan tenang dan berhemah .

Kelemahan tidak menjadikan kita panik dan tergugat apalagi kecewa , sebaliknya tanggapilah ia sebagai peluang kedua untuk kita bangkit menaikkan taraf prestasi kita dalam perjuangan suci ini .

Kelemahan bukan dihukum tetapi dibaiki sementara kehebatan pula bukan dinanti tetapi dicari .

" Kabinet " Pilihanraya

Seperkara yang saya ingin ingatkan di sini , bahawa mesyuarat agong atau muktamar kali ini adalah bagi membentuk kabinet yang bakal menghadapi pilihanraya umum ke 12 .

Nota ini tidak boleh dipandang ringan melainkan skima pemilihan mestilah benar – benar kepada mereka yang layak dan sesuai dengan cabaran sessi yang dihadapi dan mereka pula mampu menjadi pelapis kepimpinan masa depan yang pastinya menjanjikan cabaran yang lebih sengit dan getir.

Lantaran itu , pencalonan dan pemilihan mesti melalui proses pengamatan dan penelitian yang serius . Dalam erti kata lain , kepentingan perjuangan dan parti sebagai platformnya mestilah dijadikan asas rujukan ketika meletak nilai kepada individu yang bakal dipilih sebagai pemimpin .

Rasa simpati , kecenderungan " kroni " , hebat berceramah , pengaruh peribadi dan sebagainya tidak wajar dijadikan sistem nilai dalam memilih pemimpin.

فإذا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قال كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قال إذا وُسِّدَ الْأَمْرُ إلى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

Apabila berlaku penyelewengan amanah , maka tunggulah saat kehancurannya . Lalu sahabat bertanya , bagaimana penyelewengan itu ? Rasulullah saw bersabda : Apabila diserahkan tugas kepada mereka yang tidak layak maka tunggulah saat binasanya .

Riwayat Imam Bukhari di dalam sohihnya
Jilid 1 / Muka surat 33 . Kitabul ilmi .

Kewajipan Memilih Pemimpin .

Kewajipan kita memilih pemimpin yang layak dan mampu bekerja atau berjuang dengan " tangan " bukan hanya bekerja dan berjuang dengan " mulut " .

Kewajipan kita memilih memimpin yang membawa ideologi perjuangan Islam tulen , bukan mereka yang membawa agenda peribadi , apalagi membawa ideologi yang asing daripada perjuangan Islam .

Kewajipan kita memilih pemimpin yang jelas aqidah ahli sunnah wal jamaah , bukan mereka yang menganut fahaman sekular , syiah atau apa jua fahaman yang menyeleweng dari ahli sunnah wal jamaah .

Kewajipan kita memilih pemimpin yang muttaqin dan faham objektif serta matlamat perjuangan suci ini. Bukan hanya dilihat melalui karisma politiknya tetapi juga wibawanya sebagai seorang mujahid yang berjuang untuk menegakkan Islam secara syumul.

Kewajipan kita memilih pemimpin yang mengambil skima pentarbiyyah parti sebagai sebuah gerakan Islam dan memiliki syaksiyyah qiadiyyah yang soleh .

Kewajipan kita memilih pemimpin yang mempunyai semangat waja dan tenaga gigih untuk berjuang mendepani cabaran luaran mahupun dalaman sehingga Islam dapat dijulang dengan jayanya.

Surat terbuka ini .....

Akhirnya saya tujukan surat terbuka ini buat semua pemimpin dan anggota parti dipelbagai peringkat sebagai peringatan termasuk diri saya yang amat dhaif ini. Semoga muktamar kita melahirkan satu lonjakan dan rangsangan berjuang yang kian hebat dari semalam .

Mencetus gelombang kebangkitan dalaman parti , mengejutkan yang alpa dan membangunkan yang masih lena untuk segera meluru mengambil posisi masing – masing dalam menunai amanah besar perjuangan mulia ini .

Salam perjuangan dari saya
Hj. Nasrudin bin Hj Hassan at Tantawi
Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan DPP Pusat.
Takbiir !

Pelabur Internet Perlu Taubat Segera : kata Mufti Terengganu & Johor

Oleh Malik Muhamad
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Orang ramai terutama masyarakat Islam yang menyertai pelaburan melalui Internet diminta segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana skim berkenaan tidak menepati hukum syarak.


Mufti Terengganu, Datuk Ismail Yahya, berkata skim berkenaan menimbulkan ‘syubhah' kerana pelabur tidak mengetahui perjalanan sistem pelaburan itu serta jenis perniagaan dilakukan.

Selain itu, katanya, skim berkenaan juga tidak mempunyai sebarang kontrak kerana pelabur tidak tahu individu yang mengendalikan skim berkenaan yang dikhuatiri terdedah kepada masalah penipuan.

"Oleh itu, saya nasihatkan mereka yang menyertai pelaburan melalui Internet itu segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana skim berkenaan tidak menepati hukum syarak," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Metro Ahad, semalam, yang menyiarkan laporan pelaburan menerusi Internet yang disifatkan sebagai saham neraka.

Ismail berkata, masyarakat Islam sepatutnya mengkaji dulu sebelum membuat pelaburan sama ada perniagaan dilakukan halal atau sebaliknya selain berasaskan sistem yang betul dan bukan berbentuk penindasan.

Menurutnya, sebelum seseorang itu melabur, niat mereka perlu betul dan ikhlas iaitu melabur bertujuan mencari rezeki halal, ibadah dan mendapat keredaan Allah.

"Tidak sempurna ibadah berkenaan jika bentuk dan cara pelaburan yang dijalankan itu tidak menepati hukum syarak," katanya.

Ismail juga kesal bagaimana ramai masyarakat Islam termasuk di negeri ini yang sanggup menyertai skim pelaburan berkenaan walaupun mengetahui pelaburan dijalankan tidak memenuhi hukum syarak.

"Jika tidak tahu, mereka sepatutnya bertanya kepada jabatan berkaitan atau merujuk kepada pakar ekonomi Islam bagi mengetahui lebih lanjut sama ada skim itu halal atau sebaliknya.

"Mereka sepatutnya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran lumayan diberikan. Kita bimbang yang berpangkalan di luar negara ini menjadi wabak serius kepada umat Islam sekali gus mengundang pelbagai masalah kekeluargaan.

"Contohnya, jika wang diperolehi hasil pelaburan yang tidak memenuhi syarak itu digunakan untuk kehidupan keluarga, ia bakal menjadi darah daging dan boleh merosakkan pemikiran umat Islam," katanya.

Beliau berkata, bagi yang sudah terlanjur, mereka perlu menghentikan segera pelaburan itu selepas mengambil semula modal dilaburkan.

"Bagi yang sudah mendapat keuntungan dan membelanjakan wang hasil pelaburan Internet itu, mereka perlu menyerahkannya kepada baitulmal," katanya.


Mufti Johor syor kaji isu

pelaburan menerusi Internet


BACA BERITA ASAL


KUALA LUMPUR: Mufti Johor, Datuk Noh Gadut akan mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengkaji isu pelaburan menerusi Internet yang semakin berleluasa kini sebelum ia dijadikan fatwa bagi mengelakkan lebih ramai umat Islam terbabit dalam pelaburan yang meragukan itu.




Beliau berkata, siasatan menyeluruh perlu memandangkan caranya beroperasi masih samar-samar.

“Oleh itu, kami minta pihak terbabit dengan skim ini tampil untuk memberi maklumat terperinci atau membantu kami berhubung perkara ini, mereka boleh menyelamatkan ramai orang jika mereka sanggup datang,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh menyiasat untuk memastikan kesahihannya.

Noh berkata, pada pandangan beliau, pelaburan menerusi Internet ini adalah haram memandangkan terdapat beberapa unsur yang membawa kepada perkara yang mengharamkan.

“Ia mempunyai faktor riba, judi, tidak jelas, piramid dan skim cepat kaya serta penipuan. Kita tidak tahu keuntungannya datang daripada sumber mana dan jika dilihat skim itu menawarkan perniagaan atas wang orang lain.

“Tidak ada usaha sendiri malah menempel pada wang orang lain sedangkan dalam Islam perniagaan perlu datang dari usaha sendiri,” katanya.

Metro Ahad semalam melaporkan ramai umat Islam kini ghairah menjadi orang kaya baru atau OKB dengan melabur di dalam skim di Internet tanpa mengetahui keuntungan diperoleh yang menjadi darah daging mereka itu adalah haram.

Malah ada beberapa pelabur yang sanggup berhenti kerja kerana tertarik dengan pulangan lumayan mencecah lima angka yang diperolehi hanya selepas beberapa bulan melabur di dalam skim pelaburan Internet.

Sebelum ini, Setiausaha Majlis Penasihat Syariah sebuah institusi kewangan Islam antarabangsa di Malaysia, Zaharuddin Abdul Rahman memberi amaran, pulangan yang diterima daripada skim di Internet adalah haram.

Noh juga menasihatkan mereka yang terbabit perlu berhenti serta-merta dan bertaubat kepada Allah manakala mereka yang menganjurkannya juga perlu berhenti kerana dianggap bersubahat.

“Wang yang diperolehi daripada skim ini tidak boleh diguna dan jika ada yang sudah menerimanya, mereka perlu menyerahkannya kepada Baitulmal. Jika digunakan ia akan menjadi darah daging kita dan bimbang ia membawa mudarat.

“Dalam salah satu hadis nabi ada menyatakan sesuatu yang disuburkan daripada benda yang haram, neraka adalah tempat yang paling layak,” katanya.

Tuesday, December 12, 2006

Ustaz Ghani Jual ikan laut tangkapan ayah

Salmiyah Harun
Mon | Dec 11, 06 | 04:03:00 AM
Ada yang menganggapnya garang walaupun sebenarnya beliau peramah dan penyayang. Selain berdakwah, beliau turut berkecimpung aktif dalam dunia perniagaan. Pernah menjadi peniaga ikan sewaktu masih kanak-kanak, dan profesyen perniagaan itu diteruskan sehingga usianya mencecah 61 tahun.

Ikutilah temubual wartawan Salmiyah Harun bersama Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang juga Pengerusi Usahawan Melayu, Bandar Tun Razak, Cheras.

Latar belakang ustaz.
Saya dilahirkan pada 1945, bapa seorang nelayan dan ibu suri rumah. Untuk menampung pendapatan ibu mencari pendapatan lebih dengan menoreh getah. Adik-beradik sepuluh orang, dan kini hanya tinggal empat beradik, yang lain sudah kembali ke rahmatullah.

Saya mulanya sekolah kebangsaan dan pada sebelah petang sekolah agama. Tetapi saya masuk juga sekolah Inggeris sebab waktu itu sijil agama tidak diiktiraf.

Kalau kita pandai dan bijak macam mana sekali pun dalam agama ia tidak diiktiraf. Masa depan gelap. Inilah modalnya.

Biarlah sijil sekolah agama tidak diiktiraf asalkan ada ilmu agama. Saya paling minat matematik. Cukup minat. Selepas itu saya melanjutkan pelajaran di Maahad Dakwah (Nilam Puri) tahun 1969 seterusnya sambung ke Mesir dalam bidang Syariah.

Zaman kanak-kanak ustaz macam mana?
Saya ni orang susah. Bila orang susah kami sering ke laut di Tanjung Bidara, tolong bapa tangkap ikan. Memang saya minat sehingga sekarang, tapi masa tidak mengizinkan saya nak ke laut mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak.

Saya berniaga jual ikan, ketika itu saya berfikir arwah bapa saya penat ke laut, kadang-kdang dapat kadang-kadang tidak. Tengah malam kena pergi, ribut tengah-tengah laut. Tetapi orang tengah yang untung.

Lepas itu saya terfikir sampai bila saya nak bergantung pada orang tengah. Dari sini saya bertekad jual sendiri ikan yang ditangkap, banyak sikit untung. Daripada duit inilah saya gunakan untuk melanjutkan pelajaran di Nilam Puri.

Bagaimana ustaz boleh terlibat dengan dunia politik?
Dalam usia muda pula saya sudah berjinak-jinak menjiwai sifat kepimpinan. Dalam usia 14 ataupun 15 tahun saya mula mendekati parti politik dan ketika ini sudah menjadi jawatankusa pemuda. Waktu itu saya pun terlibat sama dalam program ceramah (ketawa).

Saya ada asas bagaimana untuk bersyarah dan menjadi pemidato terbaik sebab pada masa belajar di sekolah agama dulu ada subjek syarahan. Jadi saya cuba praktikan ketika menjadi pimpinan muda. Bahkan masa menuntut di Nilam Puri pun setiap tahun ada pertandingan syarahan.

Tahun 1976, masuk UTM dan saya jadi pensyarah di situ. Dan waktu ini juga saya aktif berceramah dan pernah di anugerahkan Pendakwah Terbaik Wilayah Persekutuan pada 1986.

Selepas mendapat gelaran pendakwah terbaik, ada lagikah anugerah itu? (Ketawa) Terus tak ada. Sayalah yang pertama dan terakhir mendapat anugerah itu, sebab selepas itu kerajaan terus 'gam' program-program dakwah termasuklah saya baik di luar ataupun dalam program TV.

Sekarang buat bisnes apa?
Adalah sikit-sikit, kedai runcit, lagipun saya dah tak larat. Kalau ada pun saya cuma suntik modal bagi mereka yang berminat dengan perniagaan. Kini pula saya dilantik menjadi pengerusi Usahawan Melayu Bandar Tun Razak.

Bagaimana pula rumah tangga ustaz?
Mula membina rumah tangga ketika usia 32 tahun. Almaklumlah orang miskin sebab itulah tak dapat kahwin awal (ketawa). Selepas balik dari Mesir sudah ada peminat, ye lah ... ustaz. Jadi mak saya aturkan jodoh saya dengan Maya Sulaiman (isteri pertama, 47 tahun) kemudian saya dipertemukan jodoh lagi dengan Aziah Mohd Saad (isteri kedua, 45 tahun).

Saya ada dua isteri hasilnya kami mendapat 13 cahaya mata, lapan lelaki lima perempuan. Tetapi baru dapat satu cucu (ketawa). Masing-masing nak belajar, dan ada juga anak lelaki belajar dipondok. Saya bersyukur kedua-dua isteri memahami situasi saya dan kerja-kerja saya dan kami hidup aman damai.

Mesti ustaz ada tips macam mana boleh wujud aman damai?
Eh, tak ... tak, yang penting kita kena jujur dan saya gunakan budi bicara dalam menjaga keharmonian rumah tangga. Tak ada pula persatuan poligami Malaysia, kalau ada saya nak masuk. Sebab apa, kita nak betulkan persepsi sesetengah pihak yang menentang amalan poligami.

Pengalaman indah dan pahit yang sukar dilupakan?
Pengalaman paling gembira sekali ialah saya boleh kumpulkan dua isteri, walaupun saya ada rumah, dan kereta, tetapi apabila dapat kumpulkan dua insan yang pada sesetengah pihak agak sukar mengatasi cabaran ini tetapi saya berjaya. Itulah saat paling bahagia.

Bagaimana ustaz membahagikan masa untuk kedua-dua isteri?
Dalam hidup, undang-undang nombor dua, yang pertama ialah budi bicara. Jelaskan kepada mereka kerja kita, dan mereka faham kita.

Bersyukurlah ustaz dapat kedua-dua isteri yang faham kerja-kerja ustaz. Ya, tapi kita kenalah bentuk mereka supaya faham dengan kerja kita. Mesti ada tolak ansur.

Yang paling pahit?
Ketika diwar-warkan akan masuk ISA (ketawa).

Ustaz ni sebenarnya garangkah?
Tak. Saya bukan garang. Dua-dua orang isteri saya tu tak pernah saya jentik. Tapi semasa jadi pensyarah saya garang dan tegas. Sebab apa, kita nak bentukkan pelajar mempunyai sahsiah yang baik. Saya bukan garang tetapi tegas. Kalau orang tak kenal saya mereka akan kata saya garang.

Macam mana didik anak?
Yang paling penting saya tekankan soal solat. Baik anak bujang ataupun dah berumah tangga. Saya akan tegur, dah sembahyang? Insya-Allah anak-anak saya macam kawan-kawan saya boleh tolong saya. - mr

Tuesday, October 24, 2006

Perutusan Aidilfitri Mursyidul Am PAS

Ramadan adalah bulan bengkel untuk umat Islam membaiki nafsu masing-masing. Daripada nafsu amarah bis su', bertukar menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya menuju kepada nafsu mutmainnah. Sebuah motokar boleh dihantar ke bengkel, tetapi nafsu kita tidak boleh secara berpanjangan dipantau dan diselenggara oleh ibu bapa, polis, Badan Pencegah Rasuah, ustaz atau Tok Guru selama-lamanya. Perlu tiap suatu masa daripada hidup kita, di mana nafsu kita hendaklah dikendali dan diselenggarakan oleh diri kita sepenuhnya.


Dalam menjalani kehidupan, anak-anak kita banyak menghadapi gangguan untuk mencapai cita-cita. Jika mahu ke universiti sekalipun, gangguan dalam bentuk kesihatan, kecerdasan dan kewangan boleh mengganggu kelancaran mereka.

Bagaimanapun, untuk menuju ke akhirat, manusia tidak langsung terganggu. Suka atau tidak suka, masing-masing diseret ke akhirat. Manusia akan mati dan memasuki alam kubur. Sesungguhnya jalan hidup dan cara hidup yang dipilih di dunia, sama ada beriman atau munafik atau kufur. Pilihan itulah yang akan menentukan nasib seseorang sama ada ia akan menuju ke syurga atau ke neraka.

Sebab itu, kita semua mestilah berhati-hati dan beringat-ingatlah dalam menjalani kehidupan ini. Kita mesti memahami dan menghayati sepenuhnya, segala butiran akujanji kita dengan Allah SWT yang selalu kita ucapkan baik dalam sembahyang mahupun di luar sembahyang, iaitu: "Sesungguhnya sembahyangku, dan semua ibadatku, semua aktiviti hidupku dan kesudahan matiku digunakan untuk mendekatkan diriku kepada Allah, Tuhan yang memelihara sekalian alam."

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS

Perutusan Aidilfitri Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

DEWAN Pemuda Pas Pusat mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri Mubarak kepada seluruh warga Dewan Pemuda Pas dan keseluruhan umat Islam di negara ini. Kita mengharapkan kedatangan Syawal yang mulia ini akan memperkukuhkan keazaman dan iltizam kita kepada perjuangan Islam yang kita dukungi selama ini.


Di sebalik kegembiraan dan kesyukuran, jangan lupa kepada nasib dan keadaan yang sedang melanda sahabat dan saudara kita yang sedang menghadapi perjuangan yang lebih getir khususnya di Palestin, Lubnan, Afghanistan, Iraq dan seluruh dunia Islam umumnya.

Kita mestilah memperingatkan diri, keluarga serta masyarakat tentang ancaman yang menggugat masalah aqidah dan hak umat Islam hari ini.

Segala percubaan serius untuk memurtadkan umat Islam dan serangan golongan “Islam liberal” mestilah kita hadapi dan garapi dengan penuh keberanian dan tanggungjawab.

Segala usaha dan percubaan Dewan Pemuda Pas untuk melaksanakan “engagement” dengan mana pihak yang bersedia untuk bersama perjuangan kita diharapkan dapat dipertingkatkan demi mempamerkan keluasan dakwah kita terhadap manusia keseluruhannya.

Saya yakin akan keupayaan kita semua untuk menjayakan misi utama Dewan Pemuda Pas Pusat untuk menjadi “Duta Penyelamat dan Kasih Sayang” supaya golongan belia dan remaja ini dapat kita dekati dengan penuh hikmah dan bijaksana.

Dewan Pemuda Pas Pusat sekali lagi memohon kemaafan di ats segala keterlanjuran semasa kami melaksanakan tugas dan tanggungjawab perjuangan ini , maaf zahir dan batin. Mudah-mudahan Allah SWT akan mengurniakan kekuatan dan keberkataanNya kepada kita semua.

Salahudin Ayub
Ketua Pemuda PAS Pusat

Friday, October 20, 2006

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1427H Presiden PAS

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1427H Presiden PAS

Fri | Oct 20, 06 | 12:42:34 PM

Oleh Harakahdaily BAGI pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, hari kebesaran kurnia daripada Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Ibadat yang melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah Taala. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan Allah Taala melakukan nuzul al-Quran pada bulan Ramadan. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa.

Dalam masa yang sama, bagi menegakkan petunjuk ini, kita berdepan dengan cabaran. Al-Quran menjadi furqan, yang membezakan di antara hak dan batil, benar dan salah. Dengan petunjuk al-Quran, kita menegakkan yang benar, menentang perkara yang bercanggah dengan al-Quran.

Dengan semangat tarbiah melalui Ramadan, menjadikan diri kita orang yang beriman, yang bertakwa, yang kuat, yang sanggup menghadapi cabaran selepas Ramadan dengan mendapat pertolongan daripada Allah SWT, walaupun kita dikelilingi oleh musuh-musuh yang ramai yang tidak akan memberi kesempatan kepada Islam untuk tegak semula di bumi Allah ini.

Dengan takwa dan iman yang yang kuat, kita yakin semua musuh itu adalah kecil apabila kita bersama dengan Allah SWT dan Allah SWT memilih pula di bulan Ramadan berlakunya kemenangan kepada umat Islam.

Dalam peristiwa Badar, Fathul Makkah, Ain Jalut dan penawanan Kota Belgrade di Balkan pada zaman Kerajaan Othmaniah dalam keadaan orang Islam dianggap lemah tetapi hati mereka ikhlas menyumbangkan pengorbanan harta benda dan jiwa raga disertakan dengan iman yang kuat, percaya kepada Allah dan percaya kepada janji Allah, dunia dan akhirat. Berbekalkan perkara-perkarta itu, Allah Taala memberikan kemenangan kepada generasi awal Islam.

Saya yakin dan percaya sekiranya umat Islam di zaman kini melaksanakan contoh dan teladan tersebut, mereka juga akan diberikan kemenangan sekali lagi oleh Allah Taala.

Marilah pada kesempatan ini, kita membaharukan semangat untuk meningkatkan lagi kerja dan amal kita dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT dan menyungguhkan lagi perjuangan kita untuk meninggikan agama Allah supaya agama ini tegak sebagaimana dinyatakan oleh Allah, yang bermaksud:

"Supaya agama ini zahir, menang, mengatasi segala ajaran yang lain walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin." (Surah as-Saff: 9)

Dalam masa yang sama, pada kesempatan ini, marilah kita menguatkan ukhuwah, persaudaraan di kalangan kita dengan ukhuwah iman dan Islam yang menyatukan umat Islam sehingga mereka tidak ada beza di antara satu sama lain. Mereka adalah satu ummah, laksana satu jasad yang bersambung di antara satu sama lain, sama-sama memikul tanggungjawab, bertolong menolong sama ada yang berkait dengan urusan agama dan dunia.

Dalam masa yang sama, membolehkan kita menyampaikan mesej kita kepada seluruh manusia untuk menyatakan bahawa kitalah yang menyelamatkan manusia yang sebenar di dunia dan di akhirat.

Mudah-mudahan dengan semangat ini, kita berjaya menjadi seorang Islam yang diterima oleh Allah SWT dan merealisasikan apa yang diperintahkan oleh Allah, firman-Nya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam." (Surah Ali Imran: 102)

Sekian, terima kasih.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Perutusan Aidilfitri Ketua Dewan Ulama PAS & Anwar Ibrahim

Perutusan Aidilfitri Ketua Dewan Ulama PAS Fri | Oct 20, 06 | 12:19:56 PM
Oleh Harakahdaily

DEWAN Ulama PAS Pusat mengucapkan Selamat Aidilfitri kepada seluruh umat Islam dunia. Aidilfitri merupakan ibadat dan tidak sepatutnya dicampur-adukkan dengan unsur-unsur negatif.

Dewan Ulama menyeru supaya umat Islam tidak melakukan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam dalam sambutan Aidilfitri yang suci itu.

Umat Islam jangan mencampurkan amalan hari raya dengan berkongsi raya dengan sambutan Deepavali yang kebetulan berdekatan dengan sambutan Aidilfitri.

Semoga ibadat puasa yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT, diampunkan dosa kita dan diselamatkan kita daripada api neraka.

Dato' Haji Haron Taib


Perutusan Aidilfitri Dato' Seri Anwar Ibrahim
Fri | Oct 20, 06 | 02:29:16 PM
Oleh Anwar Ibrahim

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam keseluruhannya.

Sudah sebulan kita menjalani ibadah puasa. Bulan Ramadan mempunyai signifikan yang cukup besar, melatih umat Islam untuk berkorban dan mengekang keinginan kita, sekali gus memperkukuhkan akidah kita. Ia seharusnya memperkuatkan iltizam dan semangat kita untuk meneruskan perjuangan.

Justeru, Aidilfitri ini seharusnya dirayakan sebagai kejayaan mengharungi Ramadan, diraikan dengan rasa penuh syukur dan tawaduk kepada Allah SWT. Usah kita lupakan nasib golongan yang kurang bernasib baik berbanding kita dalam melalui hari lebaran ini.

Islam telah mengajar kita untuk cintakan kebenaran, keadilan dan kedamaian. Saya menyeru agar muslimin dan muslimat akan dapat menghayati nilai-nilai ini dalam menghadapi cabaran hari ini.

Selamat Menyambut Aidilfitri 1427 Hijrah. Maaf zahir dan batin.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilham.

FENOMENA MURTAD: ANCAMAN KEPADA FITRAH MUSLIM

KHUTBAH KHAS SEMPENA AIDIL FITRI 1427H
(Selasa, 24 Oktober 2006M)

TAJUK:

FENOMENA MURTAD: ANCAMAN KEPADA
FITRAH MUSLIM

KHUTBAH PERTAMA

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ * اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ *
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، * وَِللهِ الْحَمْدُ.

لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ. لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْـكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الْمَبْعُوْثُ رَحْمَةً لِّلْعَالَمِيْنَ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِْينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، ، أُوْصِيكُم وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَ ِللهِ الْحَمْدُ.


Para Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekelian:

Sempena hariraya aidilfitri yang mulia ini marilah sama-sama kita merakamkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah di atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada kita semua terutamanya nikmat Islam dan nikmat iman. Dalam pada itu marilah kita sama-sama memaksikan satu azam yang tinggi untuk terus kembali kepada fitrah; iaitu Islam, sejajar dengan roh sambutan aidilfitri yang menyarankan kita kembali kepada fitrah Islam dan iman.

Khatib pada kesempatan khutbah hariraya aidilfitri 1427H hari ini akan berkhutbah dibawah tajuk “fenomena murtad: ancaman kepada fitrah muslim masa kini”, satu gejala yang boleh membunuh iman dan islam, kuman yang memusnahkan fitrah muslim yang sama-sama kita dokong di hari raya ini.

Menurut Ibn Taimiyah, murtad bermaksud:

“Bentuk kekufuran yang berlaku selepas Islam bagi sesiapa yang mengsyirikkan Allah atau menafikan rububiahNya atau salah satu daripada sifat-sifatNya , kitab-kitabNya atau rasul-rasulNya”.


Manakala Kamus Dewan pula mendefinisikan murtad dengan maksud:

“Seseorang itu keluar daripada agama Islam samada melalui perbuatan, perkataan atau niat. Orang yang melakukan yang demikian adalah orang yang kafir”

Sementara itu terdapat takrifan lain tentang difinisi murtad yang dilihat lebih relevan dan menepati realiti yang berlaku pada masa kini. Ia dikemukakan oleh Said Hawwa dengan katanya:

“Murtad seseorang itu boleh berlaku dengan seseorang itu tunduk dan patuh kepada orang-orang kafir, redha dengan dasar-dasar yang ditentukan oleh mereka walaupun sebahagian kecil daripadanya. Ini kerana ianya membabitkan soal keimanan dan keyakinan seseorang terhadap ajaran Islam yang datang dari Allah”.

Berdasarkan beberapa paparan definisi murtad sebagaimana di atas, maka dapatlah disimpulkan bahawa apa yang dimaksudkan dengan murtad itu ialah tindakan seseorang yang mukallaf, dengan niatnya sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa atau keadaan tiba-tiba keluar dan menganut agama lain, ataupun bertindak samada melalui iktiqad, perkataan ataupun perbuatan yang bercanggah dengan dasar-dasar Islam.

Proses perpindahan agama itu dinamakan “riddah” dan apabila individu itu mula menganut agama baru atau sesuatu bentuk kepercayaan yang bertentangan dengan Islam maka dia disebut sebagai seorang yang murtad.

Di dalam surah al-Baqarah ayat 217 Allah telah menjelaskan ancaman dan risiko kepada sesiapa yang murtad. Firman Allah (SWT) yang berbunyi:

ومن يرتدد منكم عن دينه فيمت وهو كافر فأولئك حبطت أعملهم في الدنيا والآخرة، وأولئك أصحب النار هم فيها خلدون.

Yang bermaksud:

“Barang siapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya”

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَ ِللهِ الْحَمْدُ.


Para Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekelian:

Tanpa kita menafikan bahawa sejarah murtad telah berlaku semenjak di zaman Rasulullah (SAW). Ia dikesan seawal berlakunya kisah Isra dan Mikraj. Di mana menurut perkiraan sesetengah pihak kedua-dua peristiwa ganjil itu dianggap amat bertentangan dengan lojik akal pemikiran manusia terutama apabila Rasulullah (SAW) dapat sampai ke al-Masjid al-Aqsa di Palestin dari Masjid al-Haram di Kota Mekah dalam tempoh tak sampai sehari semalam, seterusnya naik ke langit dan kemuncaknya bertemu Allah (SWT).

Menurut al-Syahid Syed Qutb, kepada mereka yang terpengaruh dengan hukum alam semata-mata tanpa merujuk kepada kebesaran Allah yang mengatasi segala-galanya maka sudah tentulah peristiwa israk dan mikraj ini mampu menyentap iman seseorang dan akhirnya menjadi murtad. Namun apa yang lebih jelas dari kisah Isra dan Mikraj ialah kejahilan terhadap agama Islam telah mendasari punca sebenar murtad berlaku.

Justeru tidak peliklah jika terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa sekarang ini wujudnya kumpulan yang dinamakan “black metal” yang jumlah mereka hampir mencecah 8,000 orang, rata-ratanya melayu Muslim, lantaran kejahilan mereka terhadap Islam telah mula menunjukkan biadap mereka terhadap Islam sehingga sanggup kencing di atas al-Quran, membakar naskhah al-quran, menyalibkan tubuh mereka dengan lambang-lambang salib. Walhal mereka mereka itu beragama Islam. Demi sesungguhnya kita amat rimas dan khuatiri tentang diri mereka kalau-kalau dipenghujungnya menjadi murtad.

Dalam pada itu tinta sejarah juga memaparkan bahawa di antara punca murtad berlaku ialah terpengaruh dengan keseronokan serta cintakan kebendaan sehingga sanggup menjual agama Islam dengan harga yang murah. Fenomena ini pernah berlaku di zaman Rasulullah (SAW) di mana terdapat seorang sahabat Nabi yang bernama Tha’labah bin Hatib al-Ansari. Beliau awalnya amat terkenal sebagai seorang `abid (kuat beribadah) yang sentiasa berulang-alik ke masjid. Di suatu hari beliau meminta supaya Rasulullah s.a.w berdoa kepada Allah untuknya supaya menjadi seorang yang kaya-raya. Setelah memperolehi kekayaan yang melimpah-ruah, Tha’labah enggan mengeluarkan zakat dan berakhir menjadi murtad.

Allah (S.W.T) berfirman:

ومنهم من عهد الله لئن ءاتانا من فضله لنصدقن ولنكونن من الصلحين. فلما ءاتاهم من فضله بخلوا به وتولوا وهم معرضون .

Yang bermaksud:

“Dan di antara mereka ada orang yang telah berikrar kepada Allah: “Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurniaNya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang soleh”. Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurniaNya, mereka kikir dengan kurnia itu dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran)”.

Berdasarkan ayat di atas, Ibn Kathir menjelaskan bahawa Allah telah memurkai Tha’labah dan sesiapa saja yang mempunyai sifat tidak mensyukuri dengan nikmat Allah sehingga membawa kepada kekufuran dan seterusnya murtad dari Islam.

Dalam konteks hari ini masalah pengaruh kebendaan telah dikenal pasti sebagai punca murtad berlaku. Fenomena ini menjadi lebih kritikal apabila ia dirancang secara halus oleh massionary kristian dan fanatik hindu. Di mana di antara modus operandi mereka ialah dengan mengumpan belia dan remaja muslim dengan melonggokkan kemewahan harta benda, peralatan berharga seperti pemberian hand-phone berjenama secara percuma, menyediakan kelengkapan spare-part untuk ubahsuai motorsikal bagi golongan remaja & mat rempit, mendampingi pelajar-pelajar yang bermasalah kewangan, menyediakan bayaran perubatan di pusat-pusat perubatan swasta yang mahal, memberikan bantuan makanan-makanan asas dan pelbagai muslihat-muslihat halus yang tidak dicedari, namun hakikat sebenarnya ia merupakan satu tipu muslihat dalam usaha memurtadkan mereka daripada Islam.

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَ ِللهِ الْحَمْدُ.


Para Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekelian:

Seterusnya punca murtad juga berlaku kerana terpengaruh dengan kehidupan jahiliah. Ini dapat dibuktikan apabila ada sekelompok perempuan yang tinggal di Hadramaut telah memeluk Islam di zaman Rasulullah s.a.w. Serentak dengan itu mereka mulai menjalani corak kehidupan sebagai seorang muslim dan mula meninggalkan adat-adat Jahiliah. Akan tetapi apabila mereka mendengar berita kewafatan Rasulullah s.a.w, kebanyakan wanita ini mulai kembali kepada adat-adat Jahiliah seperti menampar pipi mereka masing-masing, mengoyak baju, meraung, menangis dan memukul duf (gendang). Kononnya perbuatan itu dilakukan sebagai tanda kesedihan, kekecewaan dan ratapan di atas kematian nabi s.a.w sedangkan apa yang mereka lakukan itu merupakan adat dan tradisi Jahiliah. Akhir sekali apabila kepimpinan berpindah tangan kepada Abu Bakar al-Siddiq maka perempuan-perempuan tadi terus murtad dari Islam dan kembali semula ke zaman Jahiliah mereka.

Berpandukan fenomena di atas, menjadikan kita yang ada sekarang dalam suasana rimas dan gundah gulana. Ini kerana susana jahiliah di zaman kini lauh lebih sumbing dan kritikal berbanding dengan apa yang terdapat di zaman silam. Daripada satu sumber yang sahih, khatib cuba menyingkap beberapa angka kajian kuantitatif berkenaan dengan beberapa indeks jahiliah, yang menjadi asas keruntuhan jati diri sebagai seorang muslim. Sebagai contoh; Sepanjang tahun 2005, seramai 32 ribu orang penagih dadah telah dikesan di seluruh negara. Mereka terdiri daripada 15 ribu penagih baru dan 17 ribu penagih lama. manakala jumlah penagih berdaftar yang terkumpul di seluruh negara mulai 1988 hingga 2005 adalah seramai 289 ribu orang.

Manakala bilangan penduduk Malaysia yang dijangkiti HIV & AIDS ialah 51 ribu. Seterusnya jumlah pelacur di Malaysia pula dianggarkan seramai 142 ribu pelacur, dimana mereka bukan sahaja beroperasi di bandar-bandar besar semata-mata, tetapi turut beroperasi di kawasan pekan-pekan kecil. Dalam pada itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pula mendaftarkan 70 ribu anak luar nikah bagi tempoh lima tahun iaitu daripada 1999 hingga 2003. Berdasarkan statistik mengikut agama, anak luar nikah orang Islam adalah yang paling ramai didaftarkan iaitu 30 ribu orang. Daripada paparan di atas, apakah yang mengamankan hati kecil kita untuk berkata bahawa kumpulan-kumpulan ini masih terus mampu menjaga akidah mereka dari dipesongkan? Apakah mereka mampu menongkah arus murtad yang datang bagaikan thunami di hadapan mereka? Sedangkan kepincangan akhlak dan moral sebagaimana paparan di atas adalah berpunca daripada kemelesetan akidah. Justeru kumpulan-kumpulan di atas amat berpotensi untuk di penghujungnya menjadi murtad dari Islam seandainya keadaan terus berlarutan.

Menyingkap fenomena-fenomena di atas, tidak pelik apabila Mufti Kerajaan Negeri Perak; Shohibul Samahah Dato Seri Harussani Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 ribu umat Islam murtad di Malaysia, termasuklah di antara mereka 100 ribu orang Melayu yang mengistiharkan keluar agama Islam. Manakala katanya lagi 100 ribu orang lagi sedang membuat permohonan menunggu murtad. Ini tidak termasuk dengan individu yang langsung tidak solat, tidak berpuasa dan yang menentang hukum Islam, di mana kesemua mereka ini semestinya diragui akan tahap keislaman dan keyakinan mereka terhadap Islam itu sendiri.

Seterusnya kitaran ganas murtad mulai menjadi semakin parah apabila murtad bukan sahaja meragut akidah si jahil semata-mata, tetapi mula memamah iman seseorang yang sudahpun memiliki asas agama. Jangan kita lupa kepada seseorang yang bernama Noraisyah binti Hj Bukhari yang akhirnya menjadi murtad. Beliau adalah seorang muslimah yang lahir dari keluarga yang kuat beragama, beliau seorang yang bukan sahaja mahir membaca al-Quran tetapi mampu menghafaz surah yasin, manakala bapanya adalah seorang guru agama. Namun berakhir dengan murtad. Begitu juga dengan kes Siti Mariam binti Mohd Ismail, beliau awalnya seorang wanita Islam yang memakai tudung labuh sebagai lambang kewarakannya, namun berakhir dengan murtad.

Keadaan nasib akidah umat Islam semakin kritikal apabila kumpulan fanatik Hindu turut bertindak ganas dan samseng sehingga sanggup bertindak memukul seseorang yang mahu menyelamatkan akidah seseorang. Ini boleh dirujuk dalam kes Hartinah binti Hj. Kamarudin, dimana beliau bukan sekadar dimurtadkan oleh sekumpulan fanatik hindu, tetapi sanggup pula membelasah ayahnya sehingga separuh mati lantaran mahu menyelamatkan akidah anaknya yang dimurtadkan.

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَ ِللهِ الْحَمْدُ.


Para Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekelian:

Seterusnya thunami murtad semakin menggila di negara kita apabila cuba menyerang sistem perundangan malaysia untuk akur kepada sseorang yang mahu murtad dari Islam tanpa dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. Untuk itu, Kumpulan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan Kumpulan Artikel 11 kini mula bergerak aktif dengan mengadakan seminar dan forum rakyat bagi mencambahkan kekeliruan ummah berhubung dengan hak kebebasan beragama. Malah lebih jauh, apabila mereka jua turut memperjuangkan agar semua kes, termasuk kes agama seperti murtad dan sebagainya, tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Syariah tetapi di mahkamah Sivil. Kumpulan IFC, dalam objektif penubuhan mereka jelas menunjukkan perjuangan mereka ke arah memurtadkan ummat Islam di Negara ini. Amat malang sekali wujudnya di kalangan penggerak kumpulan-kumpulan kebebasan beragama ini adalah terdiri daripada mereka yang mengaku berpegang beragama Islam. Ini terserlah melalui beberapa tuntutan mengarut yang dipinta oleh mereka, antaranya;

1. Seseorang anak yg dilahirkan oleh Ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam
2. Orang–orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam, hendaklah memberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang
3. Sebarang kes pertukaran agama seseorang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah Sivil
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang
6. Seseorang atau pasangan suami Isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam, hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang sama untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan tertentu
9. Orang–orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya
10. Bibel dalam bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan secara umum secara terbuka
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing–masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Dalam menrialisasikan 14 perkara di atas, detik kini sedang tertumpu kepada penghakiman kes bekas seorang muslimah kita yang bernama Saudari Azlina binti Jailani, iaitu seorang anak Melayu yang telah dimurtadkan oleh kekasihnya menjadi Kristian, dan telah menukarkan nama beliau kepada Lina Joy. Seandainya beliau menang dalam kes permohonannya untuk murtad dan membuang status Islam daripada kad pengenalannya, bermakna satu demi satu apa yang disebutkan di atas akan datang merempuh dan memulas akidah kaum muslimin di Malaysia yang sememangnya sudah sedia rapuh. Apakah dikala itu bermulanya titik mula kepada hilangnya Melayu Islam di Malaysia? Kes murtad beliau mendapat perhatian serius satu dunia yang dikepalai oleh negara Amerika Laknatullah & sekutunya yang mengumpulkan pelbagai dana dan perkhidmatan guaman untuk memastikan mereka berjaya mempengaruhi sistem perundangan di Malaysia, dan seterusnya berjaya menreliasasikan kesemua 14 perkara yang disebutkan di atas. Namun kita sebagai seorang umat Islam, dimanakah kita di dalam menghadapi dan menghalang perkara seperti ini dari terus berleluasa???

Sesungguhnya samada kumpulan artikel 11, maupun IFC, mereka sebenarnya telah mengeksploitasi Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 3(1), Perkara 11, Fasal (1) bab kebebasan beragama di Malaysia untuk menyokong gerakan terkutuk mereka.

Peruntukan undang-undang Perkara 11, Fasal (1) berbunyi;

“Setiap orang adalah berhak menganut dan mengamalkan ugamanya”

Manakala perkara 3 (1), pula menjelaskan:

“Agama Islam adalah ugama bagi Persekutuan, tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”

Umum mengetahu bahawa isu yang paling besar di sebalik ungkapan dan kod perundangan ialah bagaimana menafsirkan undang-undang yang termaktub. Maka di sini timbul satu kemushkilan besar iaitu kenapa perkara 3(1) dan Perkara 11, Fasal (1) ditafsir secara pemikiran barat maupun secara sekuler dan bukan secara Islam. Di mana keadaan ini sudah pasti akan berpihak kepada pengacau-pengacau yang sememangnya anti kepada agama Islam. Dua tokoh penggubal undang-undang Inggeris terkenal iaitu Sheridan dan Groves telah menafsirkan bahawa perkara 3 (1) dalam perlembagaan Persekutuan hanyalah menentukan bahawa adat istiadat dan upacara persekutuan hendaklah dibuat mengikut adat istiadat Islam dan ia tidak melibatkan pemakaian undang-undang Islam di peringkat persekutuan

Sedangkan dalam masa yang sama tokoh-tokoh perundangan di Malaysia telah membuat penafsiran yang lebih Islamik dan relevan dengan status Malaysia yang sering dilebalkan konon-kononnya sebuah negara Islam. Umpamanya Bekas Ketua Hakim Negara, Hakim Hashim Yeop Sani dalam tulisannya mengulas dengan mengatakan:

“Saya menentang keras pendapat ini kerana tidak berdasarkan kepada apa-apa penulisan dalam perlembagaan. Oleh sebab perkara 3(1) dan Perkara 11, Fasal (1) Perlembagaan ini sangat jelas dan tidak boleh diputar-belit lagi bahawa agama negara ini ialah Islam, maka mana-mana tafsiran yang mewujudkan satu percanggahan di antara dokumen ciptaan manusia (perlembagaan) dengan perintah Allah (al-Qur’an dan al-Sunnah) maka tafsiran itu tidak dipakai.

Pendapat yang hampir sama dikemukakan oleh Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim (tokoh pengamal undang-undang yang terkenal) dalam masalah ini beliau menegaskan bahawa konflik yang berlaku sehingga menyempitkan peranan Islam dalam menaungi sistem perundangan di Malaysia adalah berpunca daripada sikap sesetengah di kalangan umat Islam sendiri yang masih menerima penafsiran penjajah yang bermatlamat untuk mengekalkan sistem sekuler. Persoalannya kenapa kita umat Islam harus terus terikat dengan kedudukan penjajah, sedangkan kita sudahpun mengecapi kemerdekaan. Sebaliknya peruntukan perlembagaan yang sedia ada sebenarnya sudah cukup untuk dijadikan asas kepada penguasaan Islam dalam sistem perundangan di Malaysia. Namun malang sekali apabila kita memaksa diri kita sendiri untuk diikat dengan tafsiran yang diambil oleh pihak penjajah. Apakah ini yang dimaksudkan penjajahan era baru yang dimainkan oleh anak-anak watan sehingga menjerut leher akidah bangsanya sendiri???

Inilah persoalan-persoalan yang menghantui umat Islam di Malaysia hari ini yang memerlukan kita berfikir secara lebih serius. Oleh itu marilah kita sama-sama jadikan permasalahan yang dikhutbahkan ini sebagai satu tanggungjawab bersama yang mesti ditangani. Mudah-mudahan dengan kepekaan dan prihatin kita kepada permasalahan ummah akan mempercepatkan pertolongan daripada Allah demi menyelamatkan ummah dari ambang kebinasaan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيمٌ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْن وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.



KHUTBAH KEDUA

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ *
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ * اَللهُ أَكْبَرُ،
اَللهُ أَكْبَرُ كِبِيرًا، وَالْحَمدُ ِللهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكرَةً وَأَصِيلاً، لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ.

اَلحَمْدُ ِللهِ وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْـكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِالْجَنَّةِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُسْلِمُوْنَ، اِتَّقُوا اللهَ حَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُونَ.
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الحَمد.

Dalam menangani masalah murtad yang dibincangkan pada khutbah pertama tadi, maka khatib ingin menegaskan bahawa tanggungjawab menyelesaikan masalah ini merupakan satu tanggungjawab bersama yang mesti dipikul secara bersepadu & kolektif. Di peringkat individu mestilah berusaha memperkasa dan terus meningkatkan prestasi keimanan di lubuk hati masing-masing. Manakala di peringkat keluarga pula, ibu dan bapa wajib memainkan peranan mereka sebagai murabbi; yakni pentarbiyyah kepada anak-anaknya. Pengenalan pertama yang perlu diberikan kepada anak-anak kiata adalah pemahaman & pemantapan aqidah itu sendiri, melampaui dari segala ilmu-ilmu duniawi yang kita bekalkan kepada mereka. Sedarlah wahai ibu dan bapa sekelian! Bahawa masalah besar yang dihadapi oleh sebilangan anak remaja ialah kemelesetan jati diri sebagai warga muslim, kebejatan akhlak dan moral, kegersingan ilmu pengetahuan tentang Islam, serta pengaruh-pengaruh luar yang merosakkan mereka seperti budaya berhibur yang melampau batas, kongkongan media massa yang liberal dalam memaparkan adengan-adengan lucah dan tak bermoral serta sogokan untuk hidup enjoy semata-mata. Justeru, jadikanlah barah-barah yang disebut ini untuk dirawat di peringkat keluarga.

Manakala di peringkat pihak berkuasa dan kerajaan pula hendaklah menyedari bahawa kuasa yang ada pada kamu sebagai pemerintah di dalam negara Malaysia merupakan amanah begitu tinggi daripada Allah (SWT), justeru melaksana syariah dalam sistem pemerintahan merupakan tanggungjawab & jawapan yang paling lunak dan tepat didalam menyelesaikan masalah murtad dan apa jua masalah yang menjadi labialiti ummat Islam masa kini, termasuk masalah ekonomi, sosial, pendidikan dan seumpamanya. Inilah makna kepada firman Allah (SWT) yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah ke atas kamu”.
(Terj. Surah al-Ma’idah (5):49)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang kafir”.
(Terj. Surah al-Ma’idah (5):44)

Manakala Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud:

“Dengar dan taatlah ketua kamu sekalipun dia hanyalah seorang hamba Habsyi, selagi mana di menegakkan ajaran kitab Allah (syariah) pada kamu semua”.

Para Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekelian:

Yusuf al-Qaradawiy dalam mengulas ketiga-tiga nas di atas menjelaskan bahawa pihak berkuasa yang diberi amanah memegang tampok pemerintahan wajib melaksanakan syariah Islam dalam pemerintahannya demi menyelesaikan sebarang konflik yang berlaku. Seandainya mereka ini terus bebal dan enggan tunduk kepada syariah Allah, maka menjadi tanggungjawab & amanah setiap warga muslim untuk memilih dan menggantikan dengan kepimpinan yang lebih baik dan bertanggungjawab, terutamanya kepimpinan yang mengistiharkan diri mereka ingin kembali merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah sebagai teras panduan. Ini tidak lain dan tidak bukan demi kebaikan umat Islam dan survival mereka di masa-masa yang akan datang.

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الحَمْدُ.

إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ، يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيْمًا. اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ فِى العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

اَللَّّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعْوَاتِ وَقَاضِىَ الْحَاجَات.
رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَّقِ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحيْنَ. رَبَّنَا لاَتُزِعْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبَ لَنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةَ إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَهً وَفِى اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار.

عِبَادَ اللهِ, إِنَّ اللهَ يَأمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ, وَإِيْتَاءِ ذِى الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ.فَاذْكُرُوا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرُكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَر. واللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.



Kajian & penyediaan teks oleh;

DR AZHAR BIN YAAKUB
Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD)

Thursday, October 05, 2006

Jika Musharraf boneka AS, Abdullah pula bagaimana?

Tue | Oct 03, 06 | 02:28:53 PM Harakahdaily.Net

Oleh Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat

Saya tidak terkejut sedikit pun dengan pendedahan Musharraf dalam memoir terbarunya berjudul 'In The Line Of Fire'. Pertama, CIA telah menyogok berjuta-juta dolar untuk Pakistan memburu 369 suspek al-Qaeda dan kedua, ugutan ke atas Pakistan untuk bersedia dibom dan kembali ke zaman batu jika tidak mematuhi Amerika Syarikat.

Walaupun kedua-duanya cuba dinafikan bekas Timbalan Setiausaha Negara AS Richard Armitage tetapi inilah kemelut yang berlaku dalam momokan Islamfobia tajaan musuh-musuh Islam kontemporari.

Saya cuma terlintas, jika presiden Pakistan itu boleh diheret ke dalam keadaan tekanan yang semacam itu, apakah diluar kemungkinan untuk orang ramai turut berfikir yang jangan-jangan langkah menyekat bantuan perkapita kepada SAR, menahan sebahagian bekas-bekas graduan dari universiti-universiti Pakistan dan Timur Tengah di bawah ISA (termasuk anak saya) oleh Perdana Menteri Malaysia juga adalah akibat dari mematuhi telunjuk-telunjuk khianat dari Washington?

Jika Hamid Karzai adalah boneka mereka di Afghanistan dan Shinzo Abe adalah Perdana Menteri pro-AS yang baru dilantik di Jepun, maka tidak mustahilkah dasar-dasar anti terrorisme Malaysia juga adalah dirangka di Rumah Putih?

Ia adalah sekeping memo arahan dari botol dakwat jahat dari meja ketua polis dunia bernama George W Bush.

Bahkan, jika dibaca rentak Kuan Yew yang seakan-akan cuba mencampuri hal-hal dalaman di Malaysia dengan 'komen-komen nakal' seperti yang distilahkan oleh Najib Tun Razak dan turut dilihat 'menghina oleh Bambang Susilo' (Berita Harian 27 September 2006), komentar biadap Pope Benedict XVI ke atas junjungan Nabi kita SAW yang mengutip kutukan maharaja kristian di zaman Medieval sewaktu berucap di Regenburg University di Jerman pada 12 September yang lalu, propaganda hitam akhbar berpengaruh Perancis yang mendakwa Osama telah mati diserang typhoid serta Musharraf yang kononnya telah diguling adalah antara serangan-serangan gerak saraf yang tidak sukar difahami.

Berita yang terburai di Baitulmaqdis yang melaporkan halalnya dibunuh Hasan Nasrallah yang mengisytiharkan kemenangan Hizbullah dalam konflik 34 hari dengan Israel itu cukup menjelaskan lagi keadaan.

Berita arahan ini keluar dalam Radio Tentera (Galei Tzahal), yang memetik pengakuan bekas pengarah agensi perisikan Mossad, Shabtai Shavit sendiri. Beliau mengarahkan pembunuhan ke atas Nasrallah ketika sedang berucap di Selatan Beirut pada hujung minggu lalu.

Sekali-sekala, kita wajar menyentuh beberapa insiden dunia terkini supaya umat Islam khususnya dan seluruh warga Malaysia amnya mampu memahami peralihan jarum kompas yang ligat bergerak di peta bumi.

Road map dunia dan rentak masa depan umat tampak terlalu banyak dicatur dan diatur oleh AS dan sekutu-sekutunya.

Semua orang sudah semakin meragui kejujuran AS dan rakan-rakannya dalam peristiwa 9/11 di New York pada 2001. Bersifat degil demi mengukuh dan mengekalkan buruk sangka penghuni dunia terhadap Islam, FBI dan CIA masih mati-matian terus menerus menasihati Rumah Putih agar terus mengolah siri-siri keganasan palsu.

Ini boleh dibaca rentetannya dari serangan ke atas Iraq yang dituduh memiliki WMD sedangkan ia memang sebuah pembohongan.

Berita kononnya lima lelaki Pakistan telah memasuki AS melalui Kanada dan merancang untuk melakukan serangan senjata biologi dan bom-bom beracun adalah satu lagi percubaan mereka untuk melahirkan fitnah.

Ia terbongkar setelah suspek yang diburu oleh Associated Press misalnya; Mohammad Ashgar itu sebenarnya seorang lelaki gemuk yang menjalankan perniagaan barangan kemas di Pakistan dan tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke Amerika!

Beliau tidak ada kena mengena dan tidak tahu menahu pun dengan insiden berdarah yang cuba ditekapkan kemukanya itu.

Terkini, AS mengarut lagi dengan sengaja mengada-adakan berita kemunculan pelbagai Nexus Points di pelbagai paksi dunia Islam.

Dengan itu, AS mahu munculkan dirinya sebagai predator yang sedang bertungkus lumus cuma menyelamatkan dunia dari serangan keganasan.

Tentu sekali kita masih ingat betapa 10 pesawat di Heathrow pernah diancam bom pada 10 Ogos 2006 oleh militan Islam (?) kemudian berjaya dipatahkan oleh seorang Superman. Tony Blair lah, siapa lagi!

Demikian jugalah dengan kononnya Sears Tower di Chicago yang telah diancam bom oleh proksi al-Qaeda yang kononnya dipimpin oleh Nasir Batiste diawal Jun 2006. Semuanya adalah bohong.

Nampak sangat yang AS dan UK sedang dengan ghairahnya ingin mengumumkan berita- demi berita kejayaannya kerana pantas menyekat huru-hara yang dicipta, dicetak dan dibuat-buat oleh mereka sendiri.

Sasaran akhir mereka ialah Islam dan pejuang Islam. Mereka lalu khayalkan bagaimana rakyat sedunia akan memuja dan mengangkat mereka sebagai wira suci dan sekali gus melihat Islam dan penganutnya sebagai terroris yang sehina sampah dan sejijik najis.

Ini boleh dilihat melalui cara layanan mereka terhadap pejuang Islam dipenjara tertutup Guantanamo dan Abu Gharib, Saddam yang pernah digari dari lubang persembunyian dan kini menggigil di mahkamah, Osama yang merempat terhina, hidup ceret beret di gua misteri, dua anak lelaki Saddam yang mati disembelih, penangkapan Al-Zarqawi, ratusan pemimpin Islam yang digari di Indonesia, Selatan Filipina, Palestin, Thailand, Acheh dan Bali.

Dalam plot cerita dan skrip-skrip drama kusut yang berlingkar-lingkar itulah, Islam mahu diconteng semahu-mahunya dengan jambang terroris.

Jika tidak, masakan Bush menghubungkan terus peristwa memerangi keganasan dengan Perang Salib sejurus selepas menara WTC di New York itu di bom. Dendam kristian yang tidak sudah-sudah itulah juga rupanya yang sedang menyimbah darah umat Islam di mana-mana.

Ancaman AS berbunyi 'sama ada kamu bersama kami atau kamu bersama mereka' sesungguhnya bukan ultimatum yang adil untuk dipilih oleh warga dunia. Bukan begitu caranya mencari perdamaian. Mustahil AS tidak faham bagaimana seharusnya PBB itu berfungsi?

Saya hanya ada satu soalan pendek untuk bertanya. Malaysia sedang berada di mana dalam membina dasar luarnya dan sewaktu memilih rakan kongsi?

Bersama mereka yang menjadi mangsa keganasan atau berpihak kepada pihak yang mengganas? Lagipun, maksud ganas, mengganas, pengganas dan mangsa keganasan itu apa sebenarnya?

Sentiasa ingatlah bahawa Allah SWT itu mampu membaca segala niat kita walau bagaimana nyata atau sulitnya ia di sembunyi. Dan, inilah yang akan menentukan nilai amal kita yang sebenar. Bukankah kita semua akan berdiri di padang mahsyar untuk nantinya di tanya ?

"Jika mereka mendustakan kamu,maka sesungguhnya rasul-rasul sebelum kamupun telah di dustakan (pula) mereka membawa mukjizat-mukjizat yang nyata ,zabur dan kitab yang memberi penjelasan yang sempurna." (Surah Al- 'Imran Ayat 184).

(Penulis adalah Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan) -