Pada 20 Julai 2009 selasa satu majlis khas untuk merai petugas program Karnival Wanita Puchong telah diadakan di Pasti As-Syifaa. Majlis berjalan dalam suasana yang cukup meriah.
Pengarah program Puan Faridah telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua petugas yang telah menjayakan program Karnival Wanita Puchong. Ketua Muslimat juga telah diberi laluan untuk mengucapkan sepatah dua kata. Antara menu yang disediakan adalah satey, kueteow, roti jala dan kuah durian.
Terima kasih kepada Puan Nashirah yang telah bertunggus lumus memasak kuah durian dan membuat roti jala. Bersalam dengan dia pun masih berbau durian heheh :-)
Saturday, July 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment