Saturday, June 13, 2009

SELAMAT DATANG KE KARNIVAL WANITA PUCHONG



WANITA: CANTIK DIMATA, CANTIK DIHATI

Kecantikan dan wanita adalah dua entiti yang tidak dapat dipisahkan. Ianya adalah kurniaan Ilahi kepada makhluk istimewa bernama wanita. Islam tidak pernah menafikan hal ini, sebagaimana disebutkan dalam banyak ayat Al Quran dan hadis RasulAllah s.a.w. tetapi, Islam melihat isu kecantikan pada seorang wanita itu tidak hanya pada lahiriahnya sahaja, malah kecantikan juga dilihat pada tingkah lakunya dan kecantikan yang paling penting pada diri seorang wanita itu ialah kecantikan hatinya.
Melihat kepada perkembangan perbincangan tentang kecantikan dan wanita masa kini, maka Dewan Muslimat PAS Kawasan Puchong[DMPK Puchong]merasa terpanggil untuk mengadakan program Karnival Wanita Puchong 2009.

BUTIRAN PROGRAM

TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA MPSJ PUCHONG BT 14, SELANGOR

TARIKH: 5HB JULAI, 2009 [AHAD]

MASA: 8.30 PAGI - 5.00 PETANG

ACARA-ACARA YANG DIADAKAN

FORUM
PERTANDINGAN MEWARNA
PERTANDINGAN BERCERITA
DEMONSTRASI PEMAKAIAN TUDUNG
SENAMAN POCO-POCO
GERAI PAMERAN DAN JUALAN
CABUTAN BERTUAH

TENTATIF PROGRAM KARNIVAL WANITA PUCHONG 2009

8.30 PAGI - 9.00 PAGI

KEHADIRAN TETAMU
9.00 PAGI - 9.05 PAGI

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
9.05 PAGI - 9.20 PAGI

UCAPAN PERASMIAN OLEH PUAN NOOR HANIM ISMAIL
KETUA DMPK PUCHONG

9.20 PAGI - 10.30 PAGI

1. PERADUAN MEWARNA BERMULA

2. FORUM WANITA: CANTIK DIMATA, CANTIK DIHATI

AHLI PANEL:

DR. ROBIAH KULOP HAMZAH
PAKAR MOTIVASI TERKENAL DI MALAYSIA DAN
ANTARABANGSA
PUAN AINON MUHAMMAD
PRESIDEN UNIVERSITI TERBUKA PTS
PUAN MASTURA MOHAMAD
PENGARAH NISA' MALAYSIA
10.30 PAGI - 11.00 PAGI

REHAT
11.00 PAGI - 12.00 TGH

PERTANDINGAN BERCERITA
12.00 TGH - 12.20 TGH

PERSEMBAHAN NASYID PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH ISLAM PUCHONG
12.20 TGH - 1.00 PTG

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEWARNA DAN
PERTANDINGAN BERCERITA
1.00 PTG - 2.00 PTG

REHAT / SOLAT ZOHOR
2.00 PTG - 3.30 PTG

DEMO PEMAKAIAN TUDUNG
HAJAH JALILAH ABDULLAH-EDITOR MAJALAH ANIS
3.30 PTG - 4.00 PTG

SENAMAN POCO-POCO
WANITA PUCHONG
5.00 PTG

KARNIVAL BERAKHIR

PERTANDINGAN MEWARNA

Pertandingan mewarna dibahagikan kepada dua kategori iaitu

kategori A : 5 tahun sehingga 9 tahun
kategori B : 10 tahun sehingga 12 tahun
Peserta hanya akan diberi kertas mewarna. Peserta hendaklah membawa sendiri alat-alat untuk mewarna . Pendaftaran boleh dibuat pada hari karnival.

PERTANDINGAN BERCERITA

Tema cerita: Akhlak Mulia
*Pertandingan bercerita ini terbuka kepada kanak-kanak berusia antara 7 tahun hingga 12 tahun.
*Bilangan peserta adalah terhad kepada 5 orang sahaja.
*Peserta diberi masa 7 minit seorang.
*Hadiah disediakan untuk pemenang 1-3 sementara sijil penyertaan diberikan kepada semua peserta.
*Penghakiman dibuat atas kreativiti, kelancaran dan penyampaian

Sila hubungi : Pn Rosliza di 012-3430964 atau Pn Nurul Ain Hayati di talian 013-2279098 untuk pertanyaan dan pendaftaran

Semua keputusan hakim adalah muktamad.

GERAI

Terdapat dua kategori gerai di karnival kami iaitu:

Kategori Eksklusif: yang terletak di pintu utama kawasan karnival.
Kategori biasa: yang ditentukan kedudukan secara cabutan undi.
Gerai boleh beroperasi dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang

Kategori Ekslusif

Mempunyai keluasan 19ka x 19 ka [ 1khemah] berharga RM350
atau

Mempunyai keluasan 9.5 ka x 9.5 ka [ 1 tapak] berharga RM 90
Kategori Biasa

Mempunyai keluasan 9.5 ka x 9.5 ka [1 tapak] berharga RM 70
Bagi mana-mana penyewa yang memerlukan meja, caj tambahan sebanyak RM 10 bagi setiap meja.

Sewaan gerai dan pertanyaan hendaklah dibuat dengan Pn Nashirah di talian 019-374 4085

BUKU CENDERAMATA

Anda juga boleh mengiklan perniagaan anda di dalam buku cenderamata kami pada kadar berikut:

saiz A4/2 : RM 50
saiz A4/4: RM 25
saiz A4/8 : RM 15

Kami akan mencetak sekurang-kurangnya 300 buku cenderamata ini untuk diedarkan secara percuma kepada pengunjung karnival. Iklan ini juga akan dimuatkan didalam blog ini secara percuma.

Tempahan iklan boleh dibuat dengan Pn Nor Zarina di talian 012-2454470 atau 013-695 9656

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI..!!

Keterangan lanjut boleh layari http://karnivalwanitapuchong.blogspot.com/

No comments: