Saturday, July 25, 2009

Majlis merai petugas Karnival Wanita Puchong.

Pada 20 Julai 2009 selasa satu majlis khas untuk merai petugas program Karnival Wanita Puchong telah diadakan di Pasti As-Syifaa. Majlis berjalan dalam suasana yang cukup meriah.

Pengarah program Puan Faridah telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua petugas yang telah menjayakan program Karnival Wanita Puchong. Ketua Muslimat juga telah diberi laluan untuk mengucapkan sepatah dua kata. Antara menu yang disediakan adalah satey, kueteow, roti jala dan kuah durian.

Terima kasih kepada Puan Nashirah yang telah bertunggus lumus memasak kuah durian dan membuat roti jala. Bersalam dengan dia pun masih berbau durian heheh :-)



Hi-tea di dewan MPSJ Batu 14

Pada 19 Julai 2009 yang baru lalu, dmpk Puchong telah dijemput untuk menghadiri majlis hitea anjuran DAP bertempat di dewan MPSJ Batu 14. Majlis itu telah di hadiri oleh YB Teresa, YB Gobind Singh, YB Karpal Singh, YB Yaakub sapari, YB Lim Guan Eng dan beberapa orang kenamaan lagi.

Majlis berjalan dengan begitu meriah dan semangat muhibbah. Lebih 3500 orang telah hadir memenuhi setiap ruang yang ada.

YB Lim Guan Eng turut sama memberi ucapan.
Antara ajk DMPK yang turut hadir bersama isteri Penghulu Puchong.
Ketua Muslimat dmpkp bersama ajk cawangan jalan Dahlia.
Sebelum majlis ini berlangsung, pada siangnya dmpkp telah mengadakan satu sesi brainstorming untuk menyusun taqwim dmpk. Walaupun ianya tidak memenuhi sasaran yg dikehendaki, sebahagian dari objektif yg ingin dicapai telah dapat dilaksanakan.

Saya mendoakan dmpk akan terus mengorak langkah melaksanakan amanah yang diberikan terutamanya untuk masyarakat diseluruh kawasan Puchong.

Antara ajk dmpk yang penuh semangat melontarkan idea yg bernas.
Ketua Muslimat memberi perhatian kepada setiap pandangan yang disampaikan oleh ajk dmpk

Mansuh ISA vs Pro-ISA, 1 Ogos adalah hari referendum rakyat


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)yang akan mengadakan Himpunan Mansuhkan ISA terbesar pada 1 Ogos minggu hadapan di Ibu Negara.

Kesungguhan GMI ini akhirnya berjaya membuatkan Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pro-ISA) tercabar untuk melakukan Himpunan yang sama pada hari dan waktu yang sama (2 petang).

PAS melihat bahawa inilah peluang untuk Kerajaan melihat kesungguhan rakyat terhadap Akta zalim ini. Pada 1 Ogos ini seluruh rakyat diseru untuk keluar rumah dan menyertai referendum rakyat ini. Inilah hari Referendum ISA yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah negara dibawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru. Dato' Seri Najib Tun Razak.

Jika anda menyokong pemansuhan ISA, maka berhimpunlah bersama GMI di SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara sebelum berarak beramai-ramai ke Istana negara dengan pakaian Hitam atau Merah.

Jika anda menyokong kumpulan Pro-ISA, maka hadirlah bersama mereka di Pasar Seni dan kemudian berarak ke Istana Negara dengan pakaian putih.

Maka pada hari itu, Istana dan Kerajaan akan melihat kelompok manakah yang mendapat suara referendum yang majoriti.

Jika Kumpulan GMI lebih ramai maka Kerajaan haruslah mansuhkan ISA serta merta, begitu juga sebaliknya.

PAS yakin, GMI mampu mengumpulkan lebih dari 100 ribu rakyat untuk mendesak Kerajaan memansuhkan ISA.

PAS berharap agar pasukan Polis bertindak bijak dan tidak mencetuskan provokasi supaya kedua-dua kumpulan ini dapat berhimpun secara aman.

Mansuh ISA!!!...Mansuh ISA!!!...Mansuh ISA!!!

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Saturday, July 11, 2009

Karnival Wanita Puchong

salam.

Pada 5 Julai baru-baru ini telah berlangsungnya program Karnival Wanita Puchong bertempat di Dewan MPSJ Batu 14. Walaupun tidak mencapai sasaran pengunjung yang diharapkan, karnival berjalan dengan penuh meriah dan semangat kerjasama dalam banyak perkara.

Gerai telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, sehingga di saat2 akhir masih ramai yg memohon. Insyaallah di masa akan datang, program ini akan diteruskan kemungkinan ditempat yg lain pula dengan pemnambah baikan yang lebih mantap insyaallah.


YB Terasa turut sama memeriahkan majlis.


Forum, Wanita: Cantik Di Mata Cantik Di Hati dengan ahli Panel terdiri dari Dr Robiah Kulop Hamzah, Puan Muna Izzah Fadzil Noor dan Pn Ainon Muhamad


Peserta forum


Antara peserta bercerita adik Alya Syaffa dan adik Aisyah Humaira


Peserta pertandingan mengubah bunga

Thursday, July 09, 2009

KEM QIADI

salam..
pada 5 julai yg lepas PAS kawasan Puchong telah mengadakan Tamrin Qiadi bertempat di Kem Herba Sg Congkak. Hanya dewan harian DMPK saja yg dijemput untuk turut serta. Banyak pengisian yang menarik dapat dibincang bersama.

Turut hadir sebagai perasmi adalah Ustaz Mat Zin, Ketua Urusan Ulamak Negeri Selangor. Banyak idea2 menarik telah dapat dikonsgi. Mudah2an resolusi dari tamrin qiadi ini dapat kita praktikkan untuk kebaikan jemaah kita, insyaallah.